CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Along Thai Dituduh Tiada Identiti, Tiru Suara Arwah Saleem

8-7-2022 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2384| Komen: 11

Pernah tular di media sosial kerana suara seakan-akan Allahyarham Saleem Iklin, pemuda bernama Along Thai akhirnya disunting oleh syarikat rakaman untuk bergelar penyanyi.


Foto: IG

Kata Along, dia dilamar oleh komposer terkenal Harry Khalifah untuk tampil dengan lagu baharu sesuai dengan suara uniknya itu.

Selain pujian kerana suara seperti arwah Saleem, ada juga netizen mengecam kononnya Along tidak mempunyai identiti sendiri hingga perlu meniru suara penyanyi legenda itu.




“Saya bukannya nak meniru suara arwah Saleem tapi memang minat sangat dengan dia, ada juga orang diluar sana meminta agar saya keluar daripada indentiti Saleem.

“Saya memang tidak boleh ubah sebab inilah diri saya, kalau saya ubah nanti akan jadi ke arah lain, bukannya saya pinjam suara dia.



“Bagi yang kata saya ni tiada indentiti sendiri tu, awak mungkin tidak berada di tempat saya, awak tidak ada penjiwaan yang saya ada saat ini.

“Saya memang minat Saleem tapi tidak meniru 100 peratus,”katanya pada mStar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 8-7-2022 10:54 AM
Mcm budak lagi je gayanya.
Quote SherryZass 8-7-2022 10:55 AM
who.....ryus
Quote Mary_jane 8-7-2022 11:39 AM
[youtube]Q1hPoTzeXEs[/youtube]
Quote Mary_jane 8-7-2022 11:41 AM
Cari lah identiti sendiri dek. Suara bercakap tak sama, tang nyanyi sama lah pulok. Kok bisa.
Quote prince_marhaen 8-7-2022 11:42 AM
Sorry dik...kalau biasa-biasa macam ni je memang kena sediakan peti sejuk bentuk keranda tu siap-siap....sedangkan anak TokMal yang bawah Harry Khalifah tu pun sendu...apatah lagi adik yang tak berapa ada pakej ni... bersiap-siap lah dik ye..
Quote kiah_mai_pulak 8-7-2022 01:37 PM
along tahi ???
Quote holothurian 8-7-2022 01:45 PM
ank Saleem yang ada rupa pun sejuk dingin.. ini kan pulak yang macam ni..
Quote zarulnazmi 8-7-2022 02:24 PM
dia buat persembahaan tiru suara siapa pun bukan dia ada claim sendiri pun. dah tentu ada tribute. itu lagi elok daripada jadi scammer.
Quote whimsicalmusic 8-7-2022 05:46 PM
Bg aku xde la sebijik..mcm suara penyanyi band ape tah tu yg bwk harry khalifah jgk..ala band rempit2 tu..sayang aku kau luka, aku kau puja ke ape tah lagu die tu hahaha
Quote imransulaiman 8-7-2022 08:29 PM
Suara rekaan ni.. Jelas sangat sengaja sengau.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044780 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top