CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemburu Bekas Isteri Ada Pakwe Lain, Habis Dibakar Motor Satu Flat

8-7-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3885| Komen: 26

KUALA LUMPUR – Cemburu terhadap hubungan bekas isteri dengan salah seorang pemilik motosikal disyaki punca  suspek bertindak membakar motosikal milik mangsa yang diparkir di bawah Blok G, PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil.


Tindakan membakar salah sebuah motosikal itu menyebabkan 34 buah motosikal pelbagai jenis yang berada di lokasi hangus terbakar. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, bertindak atas maklumat, lebih kurang pukul 2.30 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) daerah telah membuat risikan dan tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan. 


Foto: Kosmo


“Kesemua suspek yang berusia antara 31 hingga 43 tahun diberkas di kawasan perumahan PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini. 

“Semakan mendapati kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi. 

Menurutnya, hasil siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian adalah bermotifkan cemburu terhadap hubungan bekas isteri suspek dengan salah seorang pemilik motosikal. 

Jelas beliau, reman ke atas suspek telah dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sebanyak 34 buah motosikal musnah dalam kebakaran disyaki angkara perbuatan khianat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 8-7-2022 10:58 AM
Bodo benor laki ni patut lah ex lari.. Abis motor orang rentung.
Quote Suchi 8-7-2022 11:08 AM
Mentaliti kelas ketiga
Quote edayildiz 8-7-2022 11:17 AM
bodohnyaa

Quote SiMontel 8-7-2022 11:23 AM
mmg patut la bini cari lain, dpt laki bebal and panas baran camni, tak pasal pasal org lain terlibat..sian dorang mana tau, ntah ntah gunakan moto tu nak cari rezeki
Quote shernazz 8-7-2022 11:24 AM
Yang bakor ni..elok diberi kerja elok2
Pastu gaji bagi kat mangsa2 kebakaran moto neh...
Quote green~tea 8-7-2022 11:25 AM
Tak pasal2 orang lain kena...
nak pilih pasangan tu mmg kena tengok akal paras mana
Quote Mary_jane 8-7-2022 11:27 AM
Tinggal rangka je masing2. Move on lah oi.
Quote mizruncing 8-7-2022 11:30 AM
mak aiiii slumberrrr
Quote nikaido 8-7-2022 11:32 AM
dasar mentaliti B40.
Quote plywood 8-7-2022 11:34 AM
dendam ker masih sayang..  geng pulak yang jenis pernah ada rekod polis, senanglah sama-sama nak hukum pakai kepala sendiri
Quote batu kikir 8-7-2022 11:43 AM
Setiap empunya motor yg terbakar...... sila buat tuntutan di mahkamah.  Sykt insuran tak kan bayar punya.  Mampuslah si bodoh tu.....mana nak cari duit
Quote dodolgemok 8-7-2022 11:51 AM
Bodoh xboleh move on ke dek? Sebab tu acik gundu prof tempoh hari xboleh duduk dgan B40!
Quote prettyuglybabe 8-7-2022 11:51 AM
patut la jadi bekas..
tapi bekas bini pun cari ahli ppr
Quote manehnya 8-7-2022 12:04 PM
kesian kt org yg x bersalah weh... moto nk p kerja x dak
Quote ~boolean 8-7-2022 12:13 PM
patutlah ada penduduk ppr bawa motor naik lif park tepi rumah...agaknya sebab makhluk2 bodoh macam ni lah..
Quote sukacactus 8-7-2022 12:24 PM
Ish3 bodoh dan bengapnyaaaa
Quote gideoncross 9-7-2022 12:23 PM
Nsib dh jdi ex, tngok cmni pun dh thu c jejantz prangainya camna. Ptutlh c prmpuan cpat2 larikan diri.
Quote gideoncross 9-7-2022 12:24 PM
dodolgemok replied at 8-7-2022 11:51 AM
Bodoh xboleh move on ke dek? Sebab tu acik gundu prof tempoh hari xboleh duduk dgan B40!

Ex tu cntik sngt kot, tu yg x boleh move on.
Quote gideoncross 9-7-2022 12:26 PM
plywood replied at 8-7-2022 11:34 AM
dendam ker masih sayang..  geng pulak yang jenis pernah ada rekod polis, senanglah sama-sama nak huk ...

C jejantz msih syg lah tu tpi c prmpuan dh nekad, prangai camtu baran, mna2 prmpuan pun lari.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.574483 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top