LONDON – Angkara cemburu, seorang wanita di Britain bertindak mencederakan wajah rakannya dengan menggunakan sebilah pisau kerana mengesyaki mangsa menggoda teman lelakinya, lapor akhbar The Sun.
Karlie Tuft mencederakan wajah Bianca Beaumont selepas mabuk dalam satu acara parti di Newport, Wales. Tidak cukup dengan itu, teman lelakinya, John Jackson turut mengugut Bianca dengan menyatakan bahawa dia akan membunuh anaknya sekiranya mangsa melaporkan perkara itu kepada polis. Bianca berkata, dia bimbang parut akibat luka tersebut akan kekal sepanjang hayatnya selepas cedera pada bahagian pipi, bibir dan lubang hidung.
Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, Bianca melawat Karlie di rumahnya di mana dia diperkenalkan kepada Jackson. Keganasan tercetus apabila Karlie tiba-tiba menuduh Bianca bersikap tidak sopan terhadap kekasihnya, sebelum mencederakan wajah mangsa menggunakan pisau. Hakim David Wynn Morgan berkata, mangsa yang ketika itu terdesak untuk meninggalkan pangsapuri milik defendan, diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut. “Mereka mendesak Bianca agar tidak mendedahkan perbuatan defendan dan menyuruh dia mengaku bahawa diserang di jalanan,” katanya. Jackson dikatakan menghunus sebilah pisau pada Bianca sambil berkata: “Jika kamu beritahu polis bahawa ini adalah perbuatan Karlie atau sekiranya dia dimasukkan ke penjara, saya bersumpah akan mengerat anak-anak kamu.” Karlie disabitkan dengan kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan dan dihukum penjara selama enam tahun enam bulan. Jackson pula didapati bersalah kerana membuat ugutan bunuh dan dipenjarakan selama empat tahun. – CARI Sumber: Kosmo
|
kepompong replied at 8-7-2022 10:21 AM
minah rempit version brits
plywood replied at 8-7-2022 10:33 AM
wajib tengok kesungguhan seorang wanita sedang menjaga lakinya dari dirampas...
https://www.instagr ...
kaedahnya replied at 9-7-2022 04:44 PM
pompuan ori ke tu
dudaberhias replied at 9-7-2022 04:49 PM
ori tu kaka... tapi video tu sah2 untuk konten tiktok sebab tengok macam berlakon je masing2...
...
dudaberhias replied at 9-7-2022 04:49 PM
ori tu kaka... tapi video tu sah2 untuk konten tiktok sebab tengok macam berlakon je masing2...
...
ADVERTISEMENT