CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Pukul Dua Anak Guna Kayu Sampai Mati- Mayat Ditanam, Satu Lagi Dibuang Dalam Lubang Sampah

8-7-2022 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1730| Komen: 4

AMMAN, Jordan – Seorang lelaki di Jordan didakwa kerana memukul sehingga mati dua anak perempuannya menggunakan sebatang kayu sebelum menanam mayat seorang daripada mereka, manakala mayat kedua dibuang ke dalam lubang sampah, lapor akhbar Mirror UK.


Polis di Irbid, Jordan menyerbu flat lelaki berkenaan yang identitinya tidak didedahkan, selepas bekas isteri suspek memaklumkan bahawa dia khuatir akan nyawa empat anak mereka.

Wanita itu memberitahu polis bahawa bekas suaminya yang berusia 49 tahun itu mempunyai masalah mental dan sentiasa memukul anak-anak mereka.

Foto: Newsflash

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis hanya menemui dua daripada empat kanak-kanak itu, kata jurucakap Jabatan Keselamatan Awam, Leftenan Kolonel Amer Sartawi.


Dua kanak-kanak itu berjaya melarikan diri daripada didera bapa mereka termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan budak perempuan berumur lapan tahun.

Kedua-dua mereka memberitahu polis bahawa suspek telah membunuh dua saudara perempuan mereka menggunakan sebatang kayu dan menguburkan mayat mangsa di kawasan berdekatan.

Suspek mengaku memukul dua anak perempuannya, seorang berusia sembilan tahun, manakala seorang lagi berumur 12 tahun. Perbuatan itu dilakukan pada tarikh berasingan.

Suspek juga mengaku mengebumikan seorang mangsa ke dalam kubur cetek, manakala seorang lagi dibuang ke dalam lubang sampah di halaman belakang rumahnya.

Pihak berkuasa telah menemui kedua-dua mayat itu dan dihantar untuk bedah siasat. Dua mangsa yang trauma pula dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan fizikal dan psikologi.

Pendakwa raya Mahkamah Jenayah telah mendakwa suspek atas dua pertuduhan melakukan pembunuhan terancang. Suspek kekal dalam tahanan pencegahan sementara siasatan kes itu diteruskan. – CARI

Sumber: Kosmi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 8-7-2022 11:27 AM
kimeks punya jantan takguna
Quote kelip2_07 8-7-2022 04:01 PM
dh tau laki giler amik la hak penjagaan jg ank2..kesiannyee lahai kena pukul ngan kederat jantan tua
Quote dani-rox 8-7-2022 10:24 PM
kesian tengok muka bebudak tu dlm gambar.

ni bukan gila tp pendera - tahu pulak bangsat tu sembunyikan mayat anak2nya.
Quote Decaffeinated 9-7-2022 12:01 PM
Nak bincang ka kes arab gila ni. Berapa markah nak bagi?

Apapun Innalillahiwainnailaihiroji'un

Selamat bertugas untuk polis Jordan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.033705 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top