SEPANG- Hasrat lebih 380 jemaah haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci dilihat tidak kesampaian apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
Difahamkan, kesemua bakal jemaah itu yang datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport. Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah itu dan tidak melalui Tabung Haji (TH).
Ketika ini, sebahagian jemaah telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sedang menantikan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa. -CARI Sumber: Kosmo
|
kucingitam replied at 8-7-2022 09:58 AM
dari aku kecik sampai dah tua ni memang ada je kes kena tipu gini..agaknya agensi yg menipu zaman du ...
mejaputih replied at 8-7-2022 10:10 AM
kenapa tak reveal je nama company tu?
prettyuglybabe replied at 8-7-2022 10:33 AM
ada dorang reveal kat twitter..
UC tr***l sb..
ada daftar motac tapi tak ada lesen untuk tawar pak ...
JamilBinAbu replied at 8-7-2022 09:28 AM
"Jual agama satu perniagaan yang menguntungkan..."
ADVERTISEMENT