CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Tahun Untung Besar Jual Mayat, Tipu Keluarga Si Mati Konon Jasad Dah Dibakar

8-7-2022 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1750| Komen: 5

Seorang usahawan telah menjual mayat untuk mendapatkan wang yang digunakan untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Megan Hess, 45, mengambil mayat dari 2010 hingga 2018 dan kemudian berbohong kepada keluarga si mati kononnya jasad orang tersayang mereka telah dibakar.


Dia kemudiannya memberikan sebuah balang yang penuh berisi abu palsu, iaitu campuran konkrit, kepada waris si mati sebagai ganti.


Foto: Daily Star

Hess sebelum ini menafikan semua tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya, namun akhirnya dia membuat pengakuan bersalah di mahkamah pada awal Julai.


Siasatan FBI mendapati bahawa Hess memalsukan berpuluh-puluh borang kebenaran penderma mayat di rumah pengebumiannya Sunset Mesa, Montrose, Colorado.

Hess dan ibunya, Shirley Koch telah menjalankan sindiket menjual kepala, lengan, tulang belakang dan kaki untuk penyelidikan perubatan dan lebih mengerikan lagi dia mengekstrak dan menjual gigi emas milik si mati.

Mengenakan $1,000 (RM4,428) setiap pembakaran mayat, hasil keuntungan diperolehnya digunakan untuk membiayai perjalanan pergi bercuti bersama keluarga ke Walt Disney World.

Sebelum menukar kepada pengakuan bersalah baru-baru ini, Hess bakal berdepan perbicaraan beberapa minggu akan datang.

Manakala ibunya yang juga sebelum ini mengaku tidak bersalah dijangka menghadiri perbicaraan pertukaran pengakuan pada 12 Julai.

Jika sabit kesalahan, Hess bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 8-7-2022 11:26 AM
wahhh wah wah kooo. tp lumayan jual mayat, idea ni
Quote tri-max 8-7-2022 11:41 AM
asal barang jadik duit konsepnya
gila tul acik ni, ni tarap pramlee tggl spender je ko buat ye
Quote kepompong 8-7-2022 11:44 AM
both sides buat duit


tkde kena badi mayat pulak eh
Quote sharlenetexas 8-7-2022 02:03 PM
Takde hantu kacau acik ni ke?


Quote JunkMail 8-7-2022 02:07 PM
Business kencang... Aman2 je production sebab produk takde nyawa sudah..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.056132 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top