CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Telefon Bimbit Semasa Peperiksaan SPM 2021, Masa Depan 15 Pelajar Bakal Tergadai?

8-7-2022 11:36 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 12957| Komen: 168|Original author: natrahn


Gempar! Tular di media sosial , 15 orang pelajar Sekolah Alam Shah (SAS) digagalkan subjek Sejarah SPM 2021 atas sebab membawa telefon bimbit secara tidak sengaja semasa mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 lalu.

Perkara ini dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadhli Salleh menerusi hantaran Facebooknya. Punca berlaku  akibat peperiksaan kertas 2 subjek Sejarah yang telah bermula lewat. Ini menyebabkan Ketua Pengawas peperiksaan telah memulakan sidang peperiksaan dengan kelam kabut dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kredit foto : Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh


Kesannya, pelajar terlibat turut kelam kabut memasuki dewan dan terlupa mengeluarkan telefon dari poket mereka. Kata pelajar, Ketua Pengawas telah gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa bahan terlarang ke dalam dewan peperiksaan.

Tambah mereka, sekiranya ada peringatan sebelum peperiksaan bermula, pasti mereka mematuhi arahan tersebut.

Sebaliknya, semasa peperiksaan berlangsung barulah Ketua Pengawas membuat pengumuman kepada pelajar yang terbawa telefon bimbit untuk menyerahkan telefon kepada pengawas dengan berjanji tidak akan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar tersebut.


Kredit foto : Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh


Pelajar terlibat akur dengan Ketua Pengawas tersebut dan menyerahkan telefon mereka. Namun janji itu tidak ditepati. Kesemua pelajar tersebut diambil nombor giliran mereka dan kertas sejarah mereka 'DIBATALKAN'.

Kesemua pelajar yang terlibat adalah pelajar cemerlang. Malah ada di antara mereka berjaya memperolehi keputusan 7A. Kesan kepada mereka menyebabkan

1. Keputusan SPM untuk subjek Sejarah dibatalkan.
2. Mereka tidak layak mendapat sijil SPM. 
3. Perlu menduduki peperiksaan ulangan SPM.
4. Tidak layak memohon UPU dan biasiswa.
5. Tidak layak memohon kemasukan ke mana-mana universiti.

Sehingga kini,  rayuan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dibuat bagi menyemak semula keputusan mereka namun ia telah ditolak  sebanyak 2 kali. 



Kredit foto : Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh

Menjengah ruang komen, rata-rata wargamaya berasa kecewa dengan kejadian ini kerana ia melibatkan masa depan pelajar. 



Kredit foto : Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh

Semoga ada jalan penyelesaian terbaik buat pelajar-pelajar ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 8-7-2022 12:31 PM
Edited by dua_chzy at 8-7-2022 04:34 AM

Pundek kau tak sengaja. Paper Sejarah 2 tu hari keberapa dah. Dari ramai2 calon mengapa 15 orang ini masih tidak tahu peraturan dalam dewan peperiksaan/kelas peperiksaan tidak boleh bawa beg apetah lagik talipon bimbit?

Akak yaqin ada cerita lain. Kena tanya pengawas2 lain yang bertugas.

Quote tri-max 8-7-2022 12:43 PM
hanya kerana SBP terkenal makanya salah diletakkan atas pengawas peperiksaan sbb tak ikut SOP
yg 15 ekor berpintal otak tu tak paham ke da minggu periksa, hpone letak kat bontot la cibai
yg ratus2 ekor boleh igt simpan hpone knp kau 15 ekor da terminum ketum ka
Quote jalfa 8-7-2022 12:54 PM
Yg cikgu tu semedang sentap dgn kpm kenapa adan uke.sbp sas ni tak tertakluk kpd undang undang sbp lain ke. Sbp lain x leh bawak hp..kalo x sengaja kno sampai 15 org..harap kpm x tunduk kpd desakan pibg sas..tahulah sas sekolah elit pibg kuat..salah tahtap salah
Quote Pixie902 8-7-2022 12:55 PM
Edited by Pixie902 at 8-7-2022 12:56 PM

Pada saya kalau ketua pengawas tak ikut SOP, tak announce, pelajar tak boleh dipersalahkan...katanya kelam kabut jadi pelajar mungkin terlupa (give them the benefit of the doubt)
Dan mereka tak ditangkap menggunakan handphone semasa peperiksaan, yang ini jika berlaku mesti diambil tindakan.
Demi keadilan, pelajar2 ni tak patut dihukum - my opinion.
Quote testly 8-7-2022 01:04 PM
Ermm...nak pi exam knp nak bwk hp dik oii. Sendiri salah lah, xyah salahkan org lain. N sbp kot, how come boleh kelam kabut ni, bebudak tu dok asrama, bukannya dtg dr rumah pun. Disiplin out ni, mcm mn boleh terjadi ni. SBP kot..bukan sekolah biasa
Quote imanjannah 8-7-2022 01:08 PM
klu seorang dua may be boleh percaya terbawa, cikgu2 berkali2 mesti dah ingatkan
Quote liton 8-7-2022 01:11 PM
Alahai...bukan budak kecik, hari-hari kena ingatkan benda yg sama.

Salah sendiri pastu org lain yg dipersalahkan.
Quote ladybugz 8-7-2022 01:11 PM
Edited by ladybugz at 9-7-2022 10:35 PM

nasib tak baik tenggelam. nasib baik timbul.
Quote VespaSilbe 8-7-2022 01:15 PM
Maharajalawak ya.. patut aritu nampak ada yg gagal
Ikutla undang2
Quote VespaSilbe 8-7-2022 01:15 PM
testly replied at 8-7-2022 01:04 PM
Ermm...nak pi exam knp nak bwk hp dik oii. Sendiri salah lah, xyah salahkan org lain. N sbp kot, how ...

Koreksion.. sbp elite ya
Bukan beshe2
Quote jalfa 8-7-2022 01:16 PM
ladybugz replied at 8-7-2022 01:11 PM
SAS ke? hmm.. sekolah ni mmg ehem2 sikit. sejak dulu kala dah. bukan SAS aja byk je sbp yg lain. buk ...

Ye ke nokss.tekanan nak dok top 10..tibeh dpt ketua pengawas yg kejam. Hahaha..hp kot ko bawak..kalo toyol ye jugakkk x nampak
Quote jazaa100 8-7-2022 01:18 PM
Cikgu ni lebih kurang UEL.....
Semua nk jadikn content
Quote VespaSilbe 8-7-2022 01:20 PM
Ketua Pengawas tacod kut.. tengokla sapa YDP Pibg
Quote jalfa 8-7-2022 01:22 PM
VespaSilbe replied at 8-7-2022 01:20 PM
Ketua Pengawas tacod kut.. tengokla sapa YDP Pibg

Sbb dia x heranlah dia report anak dia dah abis spm khuen jd ydp lagi ke
Quote dua_chzy 8-7-2022 01:27 PM
Edited by dua_chzy at 8-7-2022 05:30 AM
Pixie902 replied at 8-7-2022 04:55 AM
Pada saya kalau ketua pengawas tak ikut SOP, tak announce, pelajar tak boleh dipersalahkan...katanya ...


Sister baca saja surat dari pengarah LPM itu. Sah2 benda ni dah disiasat. Sebab itu kekal status batal. Aiol yakin ini kes kedapatan meniru/guna fon masa exam.

Kau ambik sajork paper ulangan Sejarah dek.
Quote kam3n 8-7-2022 01:28 PM
testly replied at 8-7-2022 01:04 PM
Ermm...nak pi exam knp nak bwk hp dik oii. Sendiri salah lah, xyah salahkan org lain. N sbp kot, how ...

Setuju. Kalau datang dari rumah boleh juga faham. Gerak dari asrama dan bukan hari pertama SPM... Maaf tiada simpati buatmu. Selamat menjadi calon SPM ulangan diucapkan.
Quote dua_chzy 8-7-2022 01:28 PM
ladybugz replied at 8-7-2022 05:11 AM
SAS ke? hmm.. sekolah ni mmg ehem2 sikit. sejak dulu kala dah. bukan SAS aja byk je sbp yg lain. buk ...

Sebab tu akak senyum sinis bila sekolah2 SBP, MRSM ini mendabik dada results hebat. Ye laarrrr kau je la terpalingggg
Quote Hikariful 8-7-2022 01:31 PM
SAS sbp premier, bukan calang2 sekolah... sebagai bekas cikgu sbp i rasa diorg lebih tak sengaja bawak masuk hp...

Dalam keadaan tertekan kelam kabut nak masuk dewan, macam2 boleh terlupa...

Ketua pengawas yang kelam kabut mula exam lambat sepatutnya dipersalahkan...
Quote ladybugz 8-7-2022 01:38 PM
Edited by ladybugz at 9-7-2022 10:36 PM
dua_chzy replied at 8-7-2022 01:28 PM
Sebab tu akak senyum sinis bila sekolah2 SBP, MRSM ini mendabik dada results hebat. Ye laarrrr kau ...


yes sis.be yourself.

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.064680 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top