Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menempatkan sekurang-kurangnya dua pegawai dan anggota sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah di daerah ini, sebagai inisiatif untuk mencegah pembabitan pelajar dalam penyalahgunaan dadah serta jenayah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, PPS akan melakukan satu atau dua lawatan dalam sebulan bagi mengumpul maklumat serta membantu sekolah menyelesaikan masalah selain salah laku pelajar. "Mereka akan ditempatkan di setiap sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Padawan.
"Selain ceramah, PPS juga berperanan mendapatkan maklumat daripada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memastikan sekolah bebas daripada elemen jenayah," katanya dihubungi hari ini. Menurut beliau, inisiatif itu satu daripada mekanisme terbaik bagi mencegah pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah. "Ia juga selaras dengan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di peringkat sekolah dalam usaha membendung kegiatan jenayah bersama-sama masyarakat," katanya. Sumber: Harian Metro |
sharlenetexas replied at 7-7-2022 08:11 PM
Handsome tak? Tak nak yg roiroi
ADVERTISEMENT