CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pilih Bulu, Batal Lesen Dan Permit Bot Kalau Bawa Masuk Pelacur

7-7-2022 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1026| Komen: 1

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan permit bot nelayan tempatan sekiranya terbabit dengan aktiviti membawa masuk pelacur warga asing ke negara ini.


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kementerian itu turut meminta pihak berkuasa membuat siasatan segera dan sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi nelayan terbabit perlu didakwa mengikut undang-undang sedia ada.


Gambar hiasan/Jeremy Bezanger via unsplash

“Sehingga kini, pihak kementerian belum menerima maklumat mengenai kegiatan itu. Perbuatan itu tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah negara yang banyak menyediakan peluang pekerjaan dengan mudah kepada rakyat dalam pelbagai bidang tanpa perlu memilih pekerjaan yang keji.


“Tindakan tegas tanpa memilih bulu akan diambil bagi memberi pengajaran yang berguna kepada rakyat agar tidak melakukan perbuatan yang terkutuk itu pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas  merasmikan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Daerah Pasir Puteh 2022 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan segelintir bot ikan besar yang dikaitkan dengan kartel perikanan, bukan sahaja terlibat menyeludup diesel bersubsidi untuk dijual secara haram kepada nelayan asing, malah disyaki melakukan aktiviti menyeludup pelacur wanita dari Vietnam ke negara ini.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 7-7-2022 09:18 PM
ceh...yg cina tanah besar masuk thru klia xpakai visa pastu mia plak korang buat donno plak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.117318 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top