CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurutera Cipta Basikal Roda ‘Patah Dua’ Masih Boleh Dikayuh!

7-7-2022 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2101| Komen: 9

Seorang jurutera dan YouTuber dari Ukraine, Sergii Gordieiev mereka cipta sebuah basikal yang luar biasa apabila roda pada bahagian belakangnya dilihat seperti patah dua, lapor laman Oddity Central.



Oddity Central

Basikal pelik itu secara asasnya mempunyai separuh bahagian roda belakang di tengah dan separuh lagi di hujung.

Apa yang menarik, walaupun rekaan rodanya tidak lengkap, namun ia masih boleh berfungsi seperti basikal biasa.


Oddity Central


Gordieiev memasang separuh tayar pada roda menggunakan paip dan rivet, yang boleh menjejaskan keselesaan pemanduan yang ada pada basikal bertayar sempurna.

Bagaimanapun, ia adalah satu-satunya penyelesaian realistik dalam membolehkan basikal tersebut dikayuh seperti biasa.



Meskipun basikal separuh roda itu tidak sempurna, namun jurutera muda berkenaan membuktikan ia sekurang-kurangnya mampu berfungsi. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 7-7-2022 09:24 PM
beri dia borang amnoo.............
Quote sharlenetexas 7-7-2022 09:31 PM
Tiub basikal separuh juga ke?
Ke takde tiub?


Quote margo20 7-7-2022 10:14 PM
sharlenetexas replied at 7-7-2022 09:31 PM
Tiub basikal separuh juga ke?
Ke takde tiub?

Takde tiub dia ganti dgn paip pvc
Quote Decaffeinated 7-7-2022 11:11 PM
Jurutera lah sangat

Mr DIY jer

Quote CariMalay 7-7-2022 11:39 PM
Hahaha      
Quote whimsicalmusic 8-7-2022 12:03 AM
Mmg la blh function sbb tayar half tu fixed kan? So kedudukan die replace the same position kalo die tyr penuh pn..tp ape function tah die buat bnda ni..
Quote slyfynx 8-7-2022 12:09 AM
Nape x buat sepuluh tayar yang setiap satunya satu persepuluh tayar?
Quote Normabaru 8-7-2022 09:52 AM
mantap kerja mamat ni..nk elak langgar side track yang boleh menyebabkan tayar basikal pecah...tgk bideo ni mmg peminat basikal sungguh2..now jimat blanja..blh jual pasni

syabas dik!!!
Quote kehcik_evil 8-7-2022 10:27 AM
for creativity ok je A
for cost effective mampus xde funtion

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.158944 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top