CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM Nafi Dakwaan Ugut, Paksa Tandatangan Surat Dalam Bilik Siasatan

7-7-2022 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1314| Komen: 2

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan melakukan ugutan terhadap seorang lelaki dalam bilik siasatan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, berdasarkan laporan dibuat, pegawai itu menyatakan dakwaan lelaki terbabit tidak benar dan berniat menjatuhkan imej serta reputasi agensi terbabit yang menjalankan siasatan.



"SPRM menggesa pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap laporan berkenaan kerana dakwaan terhadap pegawai SPRM itu adalah tuduhan serius," katanya sambil memaklumkan laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Katanya, SPRM sentiasa memberi kerjasama kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap pegawainya dan dalam masa sama akan terus menjalankan siasatan berkaitan isu rasuah membabitkan pihak yang terbabit dalam isu berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan menerima laporan daripada pengarah sebuah syarikat yang mendakwa dua pegawai SPRM memaksanya menulis surat pengisytiharan memindahkan wang RM1.7 juta kepada individu lain.

Sebelum itu, tular di media sosial perkongsian laporan polis berhubung kes berkenaan yang dikongsi seorang pemilik akaun di mana pengadu mendakwa dikelilingi tiga pegawai SPRM dan seorang orang awam sebelum dua daripada mereka memaksanya menandatangani satu surat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 7-7-2022 09:29 PM
hahaah nie lawak....(bila pulis smpai nk cek cctv bleh plak kte offline/letrik blackout/rosak)...mcm kes scammer aritu yg lompat pagar wehh....ytjt
Quote elzy 8-7-2022 08:14 AM
Andai Teo Beng Hock dan Ahmad Sarbini boleh bangkit dari kubur, kita boleh tanya mereka.. tentu kita tahu apa yang berlaku semasa mereka membantu siasatan..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.115825 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top