CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hartanah Terkenal Bantu Suri Rumah Curi Milo Tangguh Hukuman Atas Dasar Kemanusiaan

7-7-2022 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2707| Komen: 31

Hartanah terkenal, Muhammad Azlan Al-Amin mendapatkan khidmat guaman untuk memohon penangguhan hukuman ke atas suri rumah yang dihukum penjara 14 bulan kerana mencuri dua peket Milo.


Suri rumah tersebut dijatuhi hukuman penjara 14 bulan atas kesalahan tersebut di Mahkamah Majistret Marang pada Selasa lalu.

Muhammad Azlan mengambil inisiatif tersebut dengan mendapatkan khidmat guaman buat Suhaini Mohd, 43, yang kini ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan bagi mendapatkan permohonan penangguhan hukuman tersebut.

Peguamnya, Datuk Naran Singh berkata, permohonan penangguhan hukuman dan jaminan tersebut dikemukakan secara dalam talian kepada Mahkamah Majistret Marang hari ini.


Suhaini Mohd diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Marang selepas dijatuhi hukuman penjara 14 bulan atas kesalahan mencuri dua peket Milo, Selasa lalu. - UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR


“Kami bersepakat untuk membantu tertuduh (Suhaini) atas dasar kemanusiaan walaupun dia mempunyai rekod jenayah lampau dan penagih dadah.

“Bagaimanapun, tertuduh tetap seorang ibu kepada empat anak,” katanya ketika dihubung di sini, hari ini.

Naran berkata, anak-anak Suhaini amat memerlukan kasih sayang wanita apatah lagi Hari Raya Aidiladha akan disambut Ahad ini.

Beliau memberitahu, permohonan rayuan penangguhan hukuman dan jaminan tersebut dijangka didengar di Mahkamah Majistret Marang di sini pada 13 Jun depan.

“Sewaktu pendengaran itu, kita akan memohon agar tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan.

“Ia bagi membolehkan dia kembali ke pangkuan keluarga sehingga proses rayuan hukuman di mahkamah tinggi selesai,” katanya.

Utusan Malaysia Rabu lalu melaporkan Suhaini  dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di sini pada 25 Mei lalu.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda menjatuhkan hukuman tersebut selepas suri rumah itu yang juga penagih dadah membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan. 


SUmber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 7-7-2022 06:55 PM
curi milo jah pun, perlu ke bergari bagai dilayan mcm penjenayah berbahaya. ada org tu curi berbillion2 hengget relaks jah, jln ke sana ke mari mcm takda apa2. pergi court mcm pergi mall sebegitu
Quote kakikuDibibirmu 7-7-2022 07:52 PM
Minum Milo anda jadi sihat dan kuat kencing manis!



[youtube]lJGOmJAX5tk[/youtube]
Quote sukacactus 7-7-2022 07:59 PM
Baru ku tahu hartanah tu manusia
Quote allshares 7-7-2022 08:12 PM
Hartanah ke hartawan?
Quote acik79 7-7-2022 08:47 PM
Aku pun pelik hartanah ke hartawan? Ke jutawan hartanah?
Quote anony-mous 7-7-2022 09:07 PM
Ada yg bgtau ni repeated kesalahan kan? Sbb penagih. I setuju hukuman tu tp geram sbb kalau rakyat biasa laju je tgkap
Quote Babai 7-7-2022 09:37 PM
"Hartanah" wak lu.
Quote Decaffeinated 7-7-2022 10:52 PM
Bingai TT tak bertepi

Kalau tak puji, maki pun diterima asalkan komen
Quote green~tea 7-7-2022 10:56 PM
Thread ini menghiburrrrkann
Quote VitchyPinkVitch 8-7-2022 01:11 AM
Dengan rasa penuh musykil, meols pun klik la thread ni… lah…. Hartawan rupanya
Quote zuuu 8-7-2022 01:51 AM
Baca komen baru aq perasan tajuk...adoi,tt wat lawak ke mmg tersalah taip???
Quote allshares 8-7-2022 02:06 AM
Tajuk kurang pening kalau bunyinya:

Atas dasar kemanusiaan, hartawan terkenal bantu untuk tangguh hukuman suri rumah yang curi milo

MAL, itu la pentingnya malay education

Ni sekali baca mcm hartanah bantu suri rumah utk curi milo puleks.
Quote paiayam 8-7-2022 06:17 AM
Hartanah????
Quote jazaa100 8-7-2022 08:05 AM
acik79 replied at 7-7-2022 08:47 PM
Aku pun pelik hartanah ke hartawan? Ke jutawan hartanah?

Dia ni ke yg jd pekerja angkut sampah.....
Pastu skrg jd jutawan hartanah

Sembang sesih mak dia basuh baju penuh ulat sampah blablabla.......
Quote Kitty_catz 8-7-2022 08:18 AM
nacip anak beranak lek2 pis yo ke sana ke sini

undang2 yg berat sebelah... betul lah tu..cash is king.

takburrr.. takburrrr..takbirrrr eh
Quote elzy 8-7-2022 08:24 AM
Beberapa kali baca "Hartanah?".. Ape ke hal Hartanah... Adoi!!
Quote prince_marhaen 8-7-2022 08:48 AM
Hartanah apa sial? Jutawan Hartanah atau Hartawan? Kau sekolah tak TT? Haa? Kau c&p direct ke tulis sendiri?
Quote venom1 8-7-2022 08:50 AM
tajuk thread yang menghiburkan. terima kasih TT hahha
Quote TalibanRock 8-7-2022 09:44 AM
ade org tu kene dakwa dera budak kat rumah asuhan pon x bergari..pukimak lancau..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.127741 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top