CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Hal Keluarga Simpan Je Lah, Kadang Kita Lupa Terbuka Aib Sendiri' - Ashraf Muslim

7-7-2022 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5927| Komen: 43

“Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik.”

Demikian pandangan pelakon, Ashraf Muslim selepas ditanya mengenai komen keterlaluan di media sosial berhubung konflik rumah tangga membabitkan selebriti.



IG Ashraf

Ashraf, 40, yang kini menjalani kehidupan harmoni bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata, adalah lebih baik untuk beri teguran secara rasional supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.

“Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.


“Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati.


IG Ashraf

“Supaya mereka yang terlibat berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,” katanya.

Ditanya pengalaman sendiri pada peringkat awal proses poligami, Ashraf akui ia bukan sesuatu yang mudah.

“Susah… Kena tenang, sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul,” katanya.

Bapa kepada empat cahaya mata ini mengakui isu membabitkan keluarga adalah sesuatu yang privasi.

Ashraf berpandangan, ia sebaiknya tidak terlalu dikongsikan di media sosial.

“Bagi saya benda-benda macam ni… fasal keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa tu.


IG Ashraf

“Jadi senang ceritalah… kebahagian diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa sahaja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.

“Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu,” katanya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 7-7-2022 07:04 PM
Ghisau bila tengok dia berlakon, kang tersakut ke hape. Macam risau nya bila tengok ustaz Akhil Hayy. Laki orang, kita plak ghisau. Tiberrrr.
Quote Samerosie 7-7-2022 07:11 PM
Dua2 wives dia muka nak sama, hidung pun jambu air gitu.  Firsr wife ada anak tak ke 4-4 dr kedua?
Quote minahmanja 7-7-2022 07:16 PM
Samerosie replied at 7-7-2022 07:11 PM
Dua2 wives dia muka nak sama, hidung pun jambu air gitu.  Firsr wife ada anak tak ke 4-4 dr kedua?

first wife anak 1 sis.. 2nd wife 3..
Quote auntyonion 7-7-2022 07:18 PM
Eh 4 dah anaknya..lamanya meols tertinggal train
Quote Samerosie 7-7-2022 07:26 PM
minahmanja replied at 7-7-2022 07:16 PM
first wife anak 1 sis.. 2nd wife 3..

Oh okok tq.  Cuma last i dgr pasal sehraf ni masa 2nd wife dah pregnant lepas tu x dengar cerita dah.
Quote cashewnut 7-7-2022 08:12 PM
Ko kalau berlakon kan aku terus tutup tv tau
Quote msdummy.2018 7-7-2022 08:24 PM
Jap..kalo aku recall bukan dia ni ms mula2 beemadu pun ada aib2 terbuka kannnn
Quote Hoola 7-7-2022 08:27 PM
Netijen mmbaca smbil tsyum manja
Quote shida81 7-7-2022 09:10 PM
Hahaha mase time dia dulu pun teruk gak kene kecam.. Bini 1st dia dulu netizen mmg dh suh cerai je... Tup2 trima madu.. Redha kekdahnya... Penat netizan berbuih2 mengecam
Quote Nenasketum 7-7-2022 09:11 PM
Anak2 ikut muka bini2, sekian!
Quote sleepandream 7-7-2022 09:31 PM
second wife dia muka biasa2 ja...
cinta itu buta khennnn
Quote Cokoro 7-7-2022 09:34 PM
Bila tgk kes dia n norman memey abby tu, Hidup ni mmg tak dpt jangkalah.
Quote nakkomenjugak 7-7-2022 09:38 PM
masa heol debut dulu
rasa macam hensem nyaaaaa
teruk nyaaaa taste iol
dasar taste bbnu
Quote puanserama 7-7-2022 09:38 PM
Pernah jumpa serap kat ioi.. comel
Quote DeLuna85 7-7-2022 09:40 PM
Dia ni pun nak masuk jugak.
Quote addamnor 7-7-2022 10:08 PM
shida81 replied at 7-7-2022 09:10 PM
Hahaha mase time dia dulu pun teruk gak kene kecam.. Bini 1st dia dulu netizen mmg dh suh cerai je.. ...

Netizen mmg celaka.. walhal tuan badan okay2 shj nak terima poligami.. mcm netizen pula yang tersakiti.
Walhal hidup menanggung biawak puak2 netizen okay shj, tiba bab poligami terus hilang akal memasing. Lumrah cerita di board perkhawinan dan family
Quote miss_perfect 7-7-2022 10:16 PM
puanserama replied at 7-7-2022 09:38 PM
Pernah jumpa serap kat ioi.. comel

Dulu rasa dia hensem... tapi sekarang macam dah berkurang pula.
Adakah dia sejenis lelaki yang semakin berusia, semakin kureng hensem? sebab some lelaki makin tua nampak makin sedap mata memandang.
Quote gerbera.memopad 7-7-2022 11:42 PM
cashewnut replied at 7-7-2022 08:12 PM
Ko kalau berlakon kan aku terus tutup tv tau

Samalah kita
Quote Suchi 7-7-2022 11:51 PM
Dah kenapa semua retis yg penah terpalit dgn isu umahtangga pakat duk bagi nasihat yg pelbagai?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046423 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top