Wanita transgender tidak lagi dibenarkan bersaing dalam kategori wanita dalam kejohanan triathlon di Britain, tahun depan.
Pertandingan peringkat elit dan remaja dari umur 12 tahun ke atas akan dibahagikan kepada kategori wanita dan terbuka yang turut membenarkan atlet lelaki, transgender dan non-binary menyertainya. Kategori wanita hanya akan dibuka kepada atlet yang dilahirkan wanita saja. British Triathlon mengumumkan polisi transgender itu pada Rabu selepas proses rundingan dan perbincangan yang lama.
Ia pertama kali badan induk negara itu memasukkan atlet transgender dalam kategori terbuka yang lebih kompetitif dan bukannya bersaing bagi kategori lelaki dan wanita. Keputusan itu dibuat selepas badan induk sukan renang antarabangsa Fina membuat keputusan sama bulan lalu yang melarang atlet yang dilahirkan lelaki menyertai kategori wanita. Ketua Eksekutif British Triathlon Andy Salmon berkata, pihaknya tidak khuatir dengan keputusan itu dan percaya dalam melakukan apa yang betul untuk sukan tidak semestinya ia mudah dan popular. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT