CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terengganu Jamin Tiada Lagi Lambakan Sampah Pada Raya Haji Kali Ini

7-7-2022 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1136| Komen: 2

Kerajaan negeri memberi jaminan masalah lambakan sampah yang sering menjadi rungutan orang ramai di daerah Kuala Terengganu tidak akan berlaku lagi pada hari raya Aidiladha kali ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata selain kontraktor lantikan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), kerajaan negeri turut menerima pelawaan dari Alam Flora Sdn Bhd yang mahu menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka di Terengganu pada musim perayaan ini.


Gambar hiasan - The Vocket

"Bermula hari ini, Alam Flora akan melaksanakan CSR itu dengan menggerakkan beberapa aset seperti lori dan pekerja. Buat permulaan, hanya di daerah Kuala Terengganu sahaja kerana daerah lain tidak timbul isu sampah," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis penghayatan Arafah di sini, hari ini.


Pelaksanaan CSR itu adalah susulan pertemuan wakil Alam Flora dengan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Dr Alias dan kepimpinan kerajaan Terengganu berhubung pengurusan sampah baru-baru ini.

Beliau berkata, Alam Flora turut menawarkan konsesi pengurusan sampah di Terengganu sebagaimana amalan di beberapa negeri lain, namun perkara itu masih dalam pertimbangan.

"Sekiranya Alam Flora berjaya menambah baik pengurusan sampah dalam tempoh CSR ini, kita akan pertimbangkan kemungkinan itu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote True-X 8-7-2022 09:30 AM
harap JHEAT memantau aktiviti pengutipan sampah ni...... kebersihan itu sebahagian daripada iman...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.137880 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top