CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Saman Lah...

7-7-2022 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2135| Komen: 4

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menyangkal dakwaan sebuah video tular kononnya anggotanya tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh kerana memandu lori tanpa lesen memandu.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi berkata, dakwaan itu tidak benar sebaliknya satu saman sudah dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan. 


Surat saman yang dikeluarkan kepada pemandu lori warga asing di Sepang, Selangor. - IHSAN IPD SEPANG

Beliau berkata, nombor siri saman dikeluarkan adalah Pol 257 AG875372 iaitu kesalahan tiada lesen memandu. 


“Lori berkenaan ditahan ketika satu operasi Op Motosikal Perintah Gerakan 33/22 di Jalan Taman Mas pukul 12.40 tengah hari, Selasa lalu,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kemudian menerima satu video di aplikasi WhatsApp pagi ini yang dirakam seorang pemilik media sosial. 

“Dalam video berdurasi selama 1 minit 27 saat itu, pemilik video itu melemparkan satu tohmahan kepada polis kononnya tidak mengambil tindakan lori dengan nombor pendaftaran terlibat.

“Siasatan mendapati cukai jalan lori berkenaan masih sah. Bagaimanapun, kami akan mengambil tindakan terhadap syarikat lori berkenaan kerana membenarkan lori dipandu warga asing tanpa lesen memandu sah,” katanya. 

Ditanya mengenai dakwaan pemandu lori kononnya anggota polis meminta rasuah RM300 seperti dipaparkan dalam video itu, Wan Kamarul Azran berkata, anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah akan menyiasat lanjut dakwaan itu. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 7-7-2022 09:46 PM
entah siapa ygggg salahhhhhh ku x tahuuuuuuuuu........ini lagu weh
Quote Belibis 7-7-2022 09:50 PM
Senyum jer la bangla setakat saman..orang tempatan pun saman berpuluh puluh.aman2 bawak keta.
Quote Skuau 7-7-2022 09:55 PM
saiya suka malezia..banyak sinang kasi bodoh-abangla
Quote sharlenetexas 7-7-2022 10:08 PM
Ri tu jpj saman pemandu jengkaut ke jentolak sampai mengamuk gi langgar kenderaan jpj.


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.309714 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top