Tahun lalu pelakon Amyza Aznan pernah memberi gambaran tentang rumah tangganya yang berantakan namun tidak pernah mendedahkan kemelut sebenar melanda perkahwinannya dengan suami, Khairil Idzhar.
Malah Amyza, 46, sempat menyangkal segala dakwaan tentang isu berkenaan dengan memberitahu perkahwinannya berada dalam keadaan baik dan bahagia. Pun begitu, aktres itu akhirnya membuka mulut soal rumah tangganya dan mengakui pernah berhadapan kemelut akibat kehadiran orang ketiga yang menganggu gugat keharmonian perkahwinannya. "Biasalah lelaki ini, ada masanya nakal sikit. Kalau kita terlampau kawal mungkin dia boleh bertindak begitu.
"Tetapi rumah tangga saya sekarang Alhamdulillah bahagia. Saya isteri pertama selamanya! Apabila dia datang semula kepada kita dan berjanji nak betulkan keadaan saya terima," katanya kepada mStar. Amyza ditemui ketika majlis pelancaran drama Penanggal Mak Kiah di Putrajaya pada Khamis. Tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas masalah melanda perkahwinannya, Amyza sebaliknya melihat kekurangan diri sendiri yang mungkin menjadi punca suami mempunyai hubungan lain. "Bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi. Tapi saya lihat perkara ini berpunca daripada saya sendiri kerana tidak menjadi seorang isteri yang sempurna. "Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah," jelasnya. Berkongsi pandangan tentang 'penyondol' yang hangat diperkatakan ketika ini, Amyza menasihati agar mana-mana pasangan berkahwin sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga. "Kalau sayangkan hubungan, perbaiki segala kesalahan dan bukan mencari kesalahan. Kalau tak boleh juga, tepuk dada tanyalah selera," katanya. Untuk rekod, Amyza berkahwin dengan Khairil pada 2004 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika. -CARI Sumber: mStar Online
|
prettyuglybabe replied at 7-7-2022 04:09 PM
i baca dengan serious tapi tetiba teringat sepender renoma i tergelak pulak
addamnor replied at 7-7-2022 04:52 PM
Bukan kah laki beliau kena stroke? Gigih juga iya dlm keadaan stroke pun mencari dua
ezacbee replied at 7-7-2022 06:11 PM
Tak silap kejadian ni berlaku masa awal perkahwinan dorang. Laki dia sempat berskandal. Dia hangin ...
manehnya replied at 7-7-2022 04:36 PM
selamanya lah, dh jd sayur, cuba kacak segar bugar mcm ranveer kapur ka, meerqen baru nk up ka.. kan
nakkomenjugak replied at 7-7-2022 06:50 PM
Aura kelindan lori punnn disondol???
ezacbee replied at 7-7-2022 06:11 PM
Tak silap kejadian ni berlaku masa awal perkahwinan dorang. Laki dia sempat berskandal. Dia hangin ...
nakkomenjugak replied at 7-7-2022 10:50 AM
Aura kelindan lori punnn disondol???
ADVERTISEMENT