CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sakit Tua, Anak OKU-Hidup Terbiar Dalam Rumah Daif, Bergelumang Tahi Sendiri Dan Najis Binatang

7-7-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1895| Komen: 6

Ipoh: Hidup terbiar dengan tidur bertemankan ayam dan itik yang 'menumpang' dalam rumah serba daif. Itu yang dilalui dua beranak yang menetap di Batu 8, Chemor, Ulu Kinta, di sini sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Lebih memilukan, dua beranak itu bukan sahaja bergelumang dengan najis haiwan itu, malah najis sendiri kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Ini kerana, wanita warga emas dikenali sebagai Nooriah, 82, terlantar akibat sakit tua, manakala anaknya dikenali sebagai Noor Fadillah, 51, adalah orang kurang upaya (OKU) berkaitan mental.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, dua beranak itu sudah diselamatkan dan kini sedang dirawat di hospital.


Foto: Harian Metro


Katanya, usaha menyelamat dua beranak itu turut mendapat kerjasama Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Katanya, susulan itu JKM Perak kini sedang giat mengesan waris dua beranak beranak berkenaan untuk tindakan susulan termasuk bagi menempatkan mereka di rumah jagaan.

"JKM akan membantu mereka dengan menempatkan si ibu di rumah Desa Kasih iaitu di bawah kaedah sakit melarat sementara anaknya di Desa Bina Diri di bawah kaedah orang papa.

"Mereka tidak selamat untuk tinggal di rumah sekarang kerana kedua-duanya tidak mampu menguruskan diri sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sewaktu menghadiri Majlis Penyerahan kepada 20 peserta Program Pemerkasaan Ekonomi (PRE Perak Sejahtera tahun 2022) bagi Biznita, Bizman, dan M2 Yong di sini, hari ini.

Menurutnya, warga emas itu adalah pesara kerajaan dan memperoleh wang pencen RM600 sebulan sementara anaknya penerima bantuan OKU JKM RM300 sebulan.

Dalam perkembangan lain, Wan Norashikin berkata seramai 700 usahawan kecil di negeri ini menerima manfaat menerusi tiga program diperkenalkan menerusi kerajaan negeri khusus kepada usahawan kecil untuk tahun ini sebagai inisiatif membantu mereka menangani isu beban kos sara hidup yang semakin meningkat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 7-7-2022 12:45 PM
Terpaksa berpisah, kesiannya.
Quote zehra2 7-7-2022 01:24 PM
mana warisnya.. sampai nya hati
Quote sambaldurian 7-7-2022 01:56 PM
Sapa yg urus duit rm600 campur rm300 tu. Msti ada yg pegang kad bank tu.
Quote ezacbee 7-7-2022 01:59 PM
sambaldurian replied at 7-7-2022 01:56 PM
Sapa yg urus duit rm600 campur rm300 tu. Msti ada yg pegang kad bank tu.

Duit kaut, jaga xnak. Sapa yg amik duit acik ngan anaknya. RM900 tu.
Quote shernazz 7-7-2022 02:02 PM
sambaldurian replied at 7-7-2022 01:56 PM
Sapa yg urus duit rm600 campur rm300 tu. Msti ada yg pegang kad bank tu.

Tu yang iols trrtanya2 juga tu
Kalau takde sapa amek..mmg banyak juga dalam tu boleh tampung2 dua beranak ni..
Quote epal21 7-7-2022 02:12 PM
Sapalah yg rembat duit acik dua beranak ni? Kesiannya. Duit nak, tanggungjawab dilepaskan.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052262 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top