Kuala Lumpur: Penganalisis percaya Bank Negara Malaysia (BNM) akan menormalkan lagi kadar dasarnya pada masa hadapan dan secara berperingkat menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus menjelang tahun depan.
Majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi dan BNM akan meneruskan lagi pengetatan dasarnya pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang. Dalam satu nota penyelidikan, Kenanga Investment Bank Bhd berkata kenaikan kadar selanjutnya dijangka sebahagian besarnya disebabkan oleh tekanan menaik terhadap inflasi berikutan peningkatan harga makanan dan pemulihan yang berterusan dalam permintaan domestik seperti yang ditunjukkan oleh penunjuk frekuensi tinggi terkini seperti kadar pengangguran, jualan runcit dan import. Ini juga selari dengan kitaran pengetatan dasar monetari bank pusat global terutamanya untuk memerangi kenaikan inflasi, katanya. "Namun begitu, tidak mungkin BNM akan memulakan kitaran pengetatan yang agresif seperti kenaikan 50 mata asas (bps) melainkan kadar inflasi melebihi julat sasarannya didorong oleh permintaan domestik yang lebih kukuh daripada jangkaan. "Begitu juga kami mengekalkan unjuran kami yang BNM akan menaikkan OPR secara beransur-ansur sebanyak 25 mata asas setiap satu dalam mesyuarat MPC September dan November, dengan kenaikan terakhir pada suku pertama 2023. Oleh itu, kadar dasar dijangka berakhir pada 2.75 peratus menjelang akhir tahun ini dan 3.00 peratus untuk 2023," katanya. Sementara itu, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata BNM dijangka memantau perkembangan ekonomi pada masa hadapan, terutamanya jika pertumbuhan permintaan domestik kukuh dan tidak terkawal di tengah-tengah subsidi yang besar. "Dilihat pada keadaan itu, kenaikan kadar ketiga tahun ini mungkin akan berlaku. Tahun depan, kami mengunjurkan 50 mata asas lagi dalam kenaikan kadar, menjadikan OPR akhir 2023 ialah pada 3.00 peratus," katanya. AmBank Research pula menjangkakan BNM mengambil pendirian yang lebih agresif dalam usaha meredakan inflasi dan membantu menyokong nilai ringgit bukan sahaja berbanding dolar AS tetapi juga pada kadar silang. "Kami berpendapat kenaikan 50 mata asas sekali gus tidak mungkin. Kami berpandangan bahawa OPR akan berakhir antara 2.50 peratus-2.75 peratus pada 2022, mencadangkan satu hingga dua lagi kenaikan kadar, dengan dua lagi kenaikan pada 2023 kepada 3.00 peratus-3.25 peratus," tambah firma penyelidikan itu. -CARI Sumber: Harin Metro
|
shernazz replied at 7-7-2022 01:28 PM
Laki iols plan nak beli rumah subsale..
Takut plak iols neh ..huhuhu
Kitty_catz replied at 7-7-2022 01:13 PM
ada lagi ke orang mesekin kat mesia ni?
kan beribooo ribooo anak didik sifoot2 ailio bashi jijan ...
Kitty_catz replied at 7-7-2022 01:30 PM
ehh now is the time.. kalao ada cash.. sbb rega jatuh kut esp yg nak kena lelong2 tu
VespaSilbe replied at 7-7-2022 01:33 PM
Apa akan jadi nanti?
Banyak rumah kena lelong ke?
Kereta kena tarik?
shernazz replied at 7-7-2022 01:58 PM
Ye ke..
Idak le beli cash rat rat riban tu...area rumah iols ni ada yang nak jual..
Tp harga nya r ...
VespaSilbe replied at 7-7-2022 01:33 PM
Apa akan jadi nanti?
Banyak rumah kena lelong ke?
Kereta kena tarik?
shernazz replied at 7-7-2022 01:58 PM
Ye ke..
Idak le beli cash rat rat riban tu...area rumah iols ni ada yang nak jual..
Tp harga nya r ...
Kitty_catz replied at 7-7-2022 02:21 PM
Banyak le.. kut yg utang keling pinggang tu, haa siap sedia la kan.. kut x dpt bayo, lelong lah . ...
Adrif replied at 7-7-2022 02:29 PM
pesakit mental bertambah
hospital sakit jiwa penuh
pengangguran meningkat
VespaSilbe replied at 7-7-2022 02:33 PM
Tengs Kaka.. meols surirumah sajork.. sebab tu tak paham ha
Normabaru replied at 7-7-2022 02:14 PM
menggelupur laaaa yang mana invest pulun byk2 rumah tu
plan nk jadi kaya terjadi kayap plak..kohk ...
Kitty_catz replied at 7-7-2022 02:24 PM
Tak sure baloi ke tak, kn tengok location etc2 tu
Boleh check last transaction kat area tunl jual ...
vespa_oren replied at 7-7-2022 02:31 PM
cuba ko google beli rumah pemaju dah bangkrap dulu bru fikir nk beli ke tidak, aku hri tu nk beli ...
ADVERTISEMENT