CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iqram Dinzly Jumpa Pakar, Ada 5 Karakter Dalam Diri

7-7-2022 01:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4760| Komen: 40|Original author: Tatod

Sumber Getaran


Sering menimbulkan kontroversi kerana berkelakuan dan berpakaian aneh ketika sesi siaran langsung di media sosial, pelakon Iqram Dinzly berkata akaun peribadinya itu dikendalikan oleh Princi Chiki Dinzly, karakter lain yang diwujudkan bagi menggantikan dirinya.

Pernah tampil dalam siaran langsung dengan memakai baju tidur wanita dan melakukan aksi tarian ghairah, aktor itu mengakui berang dengan kecaman netizen yang mengatakan dia sudah gila.

"Saya masih ada lima lagi karakter lain yang belum saya tunjukkan. Prince Chiki Dinzly saya wujudkan sebagai watak netizen yang selalu merasa berkuasa di media sosial. Saya marah bila ada orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan banyak kali Prince Chiki Dinzly beritahu Iqram Dinzly sudah sudah mati.

"Jadi, apabila netizen, tabloid atau berita cakap di dalam live itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly berbeza dan apa yang dilakukan Prince Chiki Dinzly tak ada kena mengena dengan saya.

"Melalui karakter yang saya tampilkan, tak kisahlah Iqram Dinzly, Prince Chiki Dinzly atau Iqram Dizlycious, masing-masing membuatkan saya semakin mengenal diri," katanya kepada Getaran. 


Ditanya punca Iqram mewujudkan banyak watak dalam hidupnya, pelakon itu menjelaskan ia adalah sebuah eksperimentasi mental di samping mengakui rasa sengsara menjadi individu bernama Iqram Dinzly.

Sebagai bukti dia masih waras, Iqram pernah berjumpa dengan beberapa pakar kesihatan mental untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

"Saya pernah jumpa dengan tiga profesor. Tapi mereka yang mental sebenarnya. Profesor itu ada masalah dan mengaku ada keresahan. Saya tak didiagnos memiliki apa-apa penyakit.

"Saya bukan tak bahagia jadi Iqram Dinzly tetapi sengsara sebab Iqram Dinzly hilang jati diri. Prince Chiki Dinzly di dalam gua dan saya tak bawanya keluar," katanya yang tampil dalam siri baharu berjudul Cinta Hilang Kata. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plasminas 7-7-2022 01:31 PM
xleh lawan dato seri dr azra diera mohd hamid lagi ni, dia 10 karekter

hhmmm lemahh
Quote Mary_jane 7-7-2022 02:22 PM
Dan2 semua claim ada DID. Dah diagnosed ke sis?

Cuma buruk jela kat mata masyarakat kan, tapi lantak lah kau situ, jangan jadi serial killer sudah.
Quote dua_chzy 7-7-2022 02:27 PM
Ingin melihat kembali Iqram Diznly hensem kelelakian dalam iklan raya Petronas 2005.
Quote cmf_PariS 7-7-2022 02:27 PM
ko gila la sorg2... yg org lain pun dok p tekan live dia sapa suruh hahahahahaha
Quote mamaazim 7-7-2022 02:31 PM
wahh mcm cerita Split tu kah.. dia adalah spt James McAvoy dlm citer tu yg ada byk personaliti dlm badan... seram gak tu...
Quote mamaazim 7-7-2022 02:31 PM
wahh mcm cerita Split tu kah.. dia adalah spt James McAvoy dlm citer tu yg ada byk personaliti dlm badan... seram gak tu...
Quote Nininooo 7-7-2022 02:34 PM
ni macam perempuan kat tiktok yang banyak watak tu. siap di interview nona kan? berapa tah watak dia 20 kut?
Quote DianaSaksen 7-7-2022 02:39 PM

Paling suka watak Darius dlm drama Dunia baru jadi bf madihah
Latest tengok drama lockdown kat astro ria
Quote hantu_gigibewak 7-7-2022 02:44 PM
plasminas replied at 7-7-2022 01:31 PM
xleh lawan dato seri dr azra diera mohd hamid lagi ni, dia 10 karekter

hhmmm lemahh

part ni aku sokong...
mmg tiada tolok tanding tahap kegilaan multipe character si dato sri dr azra diera ni.....
Quote helicornia 7-7-2022 03:05 PM
Org gile mana ada mengaku dia gile
Quote .HannahMontana. 7-7-2022 03:58 PM
dia ni hidup ke mati punnn xde kepentingan terhadap negara .
Quote Sonneblume 7-7-2022 04:03 PM
Kawan aku menyesal crush dgn dia ni masa berlakon dlm dunia baru apa2 la chiki semoga bahagia, janji tak kacau orang.
Quote sweetyroses 7-7-2022 04:40 PM
Nak lawan datuk seri tunang pak jeri ke ni. Hahahahaha
Quote honeybee1802 7-7-2022 04:46 PM
helicornia replied at 7-7-2022 03:05 PM
Org gile mana ada mengaku dia gile

Dikatanya plak doktor2 tu plak yg mental plak tu....hahaa...
Quote shernazz 7-7-2022 05:33 PM
Elok ada cite split dalam mesia neh
Amek iqram.neh sebagai kevin apa tah tu
Quote MatDeghem 7-7-2022 06:01 PM
macam pak gad neelofa. Jadi manak kat bod FD. jadi stinger kat gosip/issue semasa. Kat bod lain dengan nama dan personality lain.


#sewel


Azwan Ali pun sama lah kot.... tah kenape boleh jadi sampai sewel.




Quote duricinta 7-7-2022 06:03 PM
Teringt kdrama kill me heal me
Quote nakkomenjugak 7-7-2022 06:54 PM
Dalam banyak2 karakter
Yang mana lebih gila isim?
Quote snowater 7-7-2022 07:31 PM
Ko jumpe professor, pastu prof tu plk yg mental? Hahah. Betul la org ckp, org gila mmg tak mengaku die gila..apa yg die confess psl 5 character ni pun bukanla bende yg normal..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.093227 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top