CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sebenarnya Dah Penat, Letih" - Syamsul Yusof

6-7-2022 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21195| Komen: 233

Pengarah filem berkaliber, Syamsul Yusof mengakui dia sentiasa takut dengan setiap kejayaan dikecapinya dan selalu berharap apa yang Allah berikan itu dirahmati dan berkat.


Syamsul, 38, ditemui berkata dia tahu mengenai 'Istidraj' yang diperkatakan segelintir pihak kepadanya dan sedar mengenai perkara itu. Katanya, apa yang pasti dia sentiasa bersyukur dengan segala rezeki diperolehnya.


IG Syamsul

"Kita bukan Tuhan. 'Don't take a religion in the wrong way'. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.


"Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.

"Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah," katanya kepada Harian Metro.

Mengakui pelbagai komen diterimanya berkaitan kejayaan dinikmati, disusuli kemelut rumah tangga juga, Syamsul tidak menafikan dia sebenarnya sudah penat dengan semua ini. Katanya, dia hanya mampu reda.


IG Syamsul

"Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, 'ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.

"Apabila dah laku (Mat Kilau), 'istidraj'. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga," katanya akur dengan proses kehidupan dilalui kini.

Berikutan pelbagai isu peribadi Syamsul yang hangat diperkatakan kini, termasuk kejayaan besarnya dalam karier seni, kebanyakan netizen yang mengikuti rentetan kisah berlaku meninggalkan bermacam komen.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 6-7-2022 07:49 PM
X pernah dgr kisah dari mulut sol sendiri. Semoga cepatkan lah settle masalah peribadi ye.
Quote likilu 6-7-2022 08:13 PM
sejuk hati acik acik dengar dia humble mengaku ada buat silap

personal shopper pun sejuk jugak bila kena pujuk, keluar baby lagi
Quote Cokoro 6-7-2022 08:33 PM
likilu replied at 6-7-2022 08:13 PM
sejuk hati acik acik dengar dia humble mengaku ada buat silap

personal shopper pun sejuk jugak bila ...

Quote ellejo 6-7-2022 08:37 PM
senang je sol hidop ni. bini ko gantungkan, si gf tu ko tinggalkan. setel masalah.

tapi yele, gf gelek merata porem pulak
Quote jalfa 6-7-2022 08:39 PM
Kawen je la.... berbaik baik cam yebby ngan memek
Quote stingergrumpy 6-7-2022 08:44 PM
Nanti ira urut ya bang.......mana penatnya bang?

Quote samshik 6-7-2022 08:49 PM
Sndiri gali lobang kubor.. Pastu ckp pnt.. Haish...
Quote kotakominami 6-7-2022 08:50 PM
Takpela sol2...redo ajelah.buat cite best2 lg..penat kau kt dlm banglo jota2 manakan same dgn penat abg fudpanda bawah jejantas....
Quote bellaamsar 6-7-2022 08:53 PM
Dh kenapa sol bergambar duckface mcm tu
Quote aijinmisaki 6-7-2022 08:57 PM
Berapa banyak lah benang pasal ps solsol ni
Quote doubleA 6-7-2022 08:57 PM
Lari dari masalah sampai AJM tak selesai. Lepaskan jela ps kawen ik setel masalah. Co parenting anak2. Cakap senang kan
Quote shida81 6-7-2022 08:59 PM
Sendiri cari masaalah
Quote Nenolen 6-7-2022 09:03 PM
satu patah kata dia pun kaka dah tak purcaya sekarang...lantak ko lah dik...
Quote makcun14 6-7-2022 09:12 PM
Saya pun penat . bukak je orem, asik la kisah drama bini vs skandal.
Quote dudaberhias 6-7-2022 09:14 PM
Dah tu kalau gitu. Suruh la si ira tu berhenti kacau PS. Si PS hanya mintak tu jer nyah, kau nak dia gelek2 atas kau dengan kain tak lipat pun bini engko tak kisah k. Saman semua tu sebab ada kacau dari pihak ketiga.
Quote c_apple 6-7-2022 09:31 PM
Dia kira dia punya penat je
Orang lain tak penat agaknya
Dah bini tak penat, family tak penat, fil tak penat
Acah2 dia lah terpaling penat dalam ni
Quote ashilalat 6-7-2022 09:35 PM
Aku agak setuju jugak kata² dia.

Bila kena tang ngko, ujian.
Bila kena tang musuh ko, bala.

Aku x paham juga ajaran melabel istidraj tu. Ko tuhan ke ko tau tuhan bg rezki kat dia atas dosa² dia. Ntah2 belakang ko, dia jauh lg baik amalan dari ko. Yet ustaz ustazah mengajar org melabel istidraj. Menyampah aku.
Quote Freezfrozen 6-7-2022 09:44 PM
dudaberhias replied at 6-7-2022 09:14 PM
Dah tu kalau gitu. Suruh la si ira tu berhenti kacau PS. Si PS hanya mintak tu jer nyah, kau nak dia ...

Hahahaha.. gelek ngn kain x lipat
Quote Normabaru 6-7-2022 09:50 PM
Edited by Normabaru at 6-7-2022 11:52 PM

hahahaha terhibur baca komen acik2 sini

nway muka shaikhul islam tu sejibik sebijik muka heshe

dia ikut perangai apak dia..
so usop selam nk komen bebanyak pon dulu datin pon pernah lari kan psl skandal gk..hehehe

usop selam dh pernah jadi mr 6 million dollar man
now anak dia lagi hebat.. going to be 60million dollar man

tabuleh ka sarah blk2 dr umrah sapot suami..teman p premiere sama2..pastu cuba untuk beli jiwa soley2 blk...
ini tak..time cerita nak keluar..
lg dekat nk filem nak tayang
lg ko main wayang
kejap nk saman
pastu kejap lg xnk saman
kejap dh redho
kejap lg tak tahan diganggu
ingatkan sabo mcm tu filem lakinya flop
sekali lg jauh bom bom boooommmm
mana la tak sarah gewam panas punggung..

beza sungguh perangai kaka fazz dgn ps..sorg nk jatuhkan laki sorg lagi sapot laki...eh tiberrrrr

kikikikiii

Lihat semua komen(233)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049558 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top