CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Pegawai Kanan Polis Berparti Di Pusat Hiburan?

6-7-2022 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2698| Komen: 15

Dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan berada di sebuah pusat hiburan di sini ketika serbuan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di premis berkenaan pada Rabu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 12.15 tengah malam itu mengesan dua pegawai berkenaan berada bersama pengunjung di premis hiburan tersebut.


Gambar hiasan

"Semasa serbuan dibuat, terdapat dua pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan Polis dan Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Bukit Aman berada di dalam premis tersebut.


"Tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dibuat terhadap kedua pegawai berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes berkenaan akan dirujuk kepada JIPS untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

"Polis tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej pasukan.

"Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan ditetapkan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-7-2022 06:57 PM
Mungkin meka nak exercise jah macam Chef Wan satu ketika dulu.
Quote batmana 6-7-2022 07:04 PM
mgkin diorg nk tarbiah pengunjung  kt disco bagai, korang budak2 wechat apa tau?..
Quote FOTHER-MUCKER 6-7-2022 07:04 PM
Tak boleh masuk pusat hiburan untuk berhibur walaupun diluar waktu bekerja?
Quote che-cikL 6-7-2022 07:24 PM
Gerak khas undercover tu
Quote Belibis 6-7-2022 07:28 PM
Mungkin sedang memantau..macam JHEAT memantau kedai kopek
Quote helicornia 6-7-2022 07:29 PM
FOTHER-MUCKER: Tak boleh masuk pusat hiburan  ...

Same question here
Quote Skuau 6-7-2022 07:31 PM
pusat ulut takmok tengok...ka???
Quote lostnfaun 6-7-2022 08:05 PM
Kerja kerajaan susah la nak kena buang, even tatatertib pun akan try hukuman seminima mungkin. Kesian ada anak bini nak bagi makan
Quote sharlenetexas 6-7-2022 08:14 PM
Macam budak duk asrama tak leh masuk pusat hiburan.


Quote stingergrumpy 6-7-2022 09:27 PM
High profile undercover work….
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 09:29 PM
apa salahnya

nak berhibur pun salah

lain la diorang berdubur

tu nama dia bangsa gay pondan pedo

jatuh maruah negara camnehhhhhhhh

khueeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnnnzst

Quote norawestallen 6-7-2022 10:05 PM
Undercover kot. Gerak gerak gerak khas
Quote bakingsoda 6-7-2022 10:17 PM
aku pon nak husnuzon uc, handler je kenal dorang
Quote saviour_09 7-7-2022 08:17 AM
cash ribu riban kat tangan

dalam kalabu malami

buat apa teewww
Quote shamsadis 7-7-2022 08:52 AM
kah kah kah kah kah, boleh lah letak gambar muka

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.079519 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top