Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seekor lembu bersaiz lebih besar berbanding yang sering dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @awreceh.id. Menerusi video berkenaan, kelihatan dua ekor lembu yang ditambat secara bersebelahan sedang meragut rumput di kawasan sebuah rumah. Seekor lembu berwarna coklat kelihatan amat besar dan tinggi sehingga hampir menyamai ketinggian sebuah rumah satu tingkat berhampiran dengannya.
|
ADVERTISEMENT