CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemburu Bunuh Haiwan Terancam, Mati Ditembak Di Kepala Oleh Perompak. Karma?

6-7-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1685| Komen: 15

CAPE TOWN: Seorang pemburu prolifik yang membunuh haiwan terancam seperti singa, zirafah dan gajah dilaporkan maut ditembak oleh perompak di wilayah Limpopo, Afrika Selatan.


Lapor Daily Mail, Riaan Naude, 55, ditembak oleh dua lelaki dari jarak jauh selepas trak mangsa diparkir di tepi jalan akibat rosak.

Naude mengendalikan syarikat Pro Hunt Africa yang berteraskan `pemburuan eko’ dan berkongsi gambar mengerikan yang memaparkan haiwan terancam mati.  

Foto: Daily Mail

Mayat Naude ditemukan di sebelah trak Toyota miliknya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.


Menurut saksi, ketika kejadian, dua lelaki keluar dari kereta Nissan lalu menembak mangsa di bahagian kepala dan mencuri sepucuk pistol serta melarikan diri.       

Beberapa barangan lain seperti dua senapang memburu, pakaian dan kartrij pistol ditemukan bersebelahan mayat Naude.

Sementara itu, jurucakap polis, Leftenan Kolonel Mamphaswa Seabi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan.

“Lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang dengan kesan darah di kepala dan mukanya.

“Motif serangan dan pembunuhan belum diketahui,” katanya.

Seorang penduduk tempatan mendakwa terdengar bunyi tembakan dan melihat sebuah kereta Nissan memecut laju ke arah bandar Marken, Afrika Selatan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 6-7-2022 12:14 PM
Hambek kau!  Padan muka!
Quote jiwasemangat 6-7-2022 12:17 PM
Biasa la tu.. kalau dah susah sangat nak angkut masuk court, evident pon susah nak collect.. so, end up dia macam tu laaa..
Quote annehuda 6-7-2022 12:20 PM
aku tengok doku singa jantan ni sbnrnye paling mudah nak diburu. sebab singa jantan ni mmg kategori pemalas dlm group depa, mmg tukang tabur sperma ja.  singa betina yg tangkas aktif rajin cari makan pe suma. singa jantan memang akan duk kt sarang main ngan anak singa je
Quote Artemesiaa 6-7-2022 12:26 PM
Mendapat sudah
Quote chinta89 6-7-2022 12:26 PM
adan ukeeeeeeeeee
Quote KamikuP 6-7-2022 02:01 PM
Itu makan dia
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 02:52 PM
bangsa etis teori evolusi bestialiti
Quote zorrro_03 6-7-2022 03:03 PM
lambat sgt perompak tu bertindak. patut dari awal lagi musibat spt ni ditamatkan.  
Quote Mary_jane 6-7-2022 04:26 PM
Ada guna nya juga perompak.
Quote saviour_09 6-7-2022 04:44 PM
yeay!
Quote Tinot7 6-7-2022 04:56 PM
Bkn perompak tu..
Quote .HannahMontana. 6-7-2022 05:29 PM
Bila kita buat jahat bermakna kita telah buat "hutang"


tiba masanya ko terpaksa membayar dengan diri ko sendiri

NERAKA KIRIM SALAM
Quote dani-rox 6-7-2022 06:10 PM
annehuda replied at 6-7-2022 12:20 PM
aku tengok doku singa jantan ni sbnrnye paling mudah nak diburu. sebab singa jantan ni mmg kategori  ...

teringat berita dlm porem ni dulu, singa2 betina merobek telur si singa jantan sbb makan hasil tangkapan yg sepatutnya diberi kat anak2. dlm dunia singa pun ada bewak idop
Quote Decaffeinated 6-7-2022 07:27 PM
Motif serangan dan pembunuhan belum diketahui

dah tu yang pandai2 kata dibunuh perompak tu siapa, ko juga kan?
Quote bakingsoda 6-7-2022 07:39 PM
kenapa gelar perompak kalau tak rompak pon? ni mesti pencinta haiwan yg dah naik hantu tak tahan tengok setan2 berkeliaran exploit/bunuh haiwan utk duit. ni versi extreme, kalau versi lite pembeli kucing kena scam dgn 'penjual kucing', adan ukeee!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.212801 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top