CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pedofilia Culik, Liwat Budak Lelaki- Sorok Dalam Kubu Bawah Tanah Selama 52 Hari

6-7-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1250| Komen: 4

Seorang lelaki pedofilia dipenjarakan selama 19 tahun kerana menculik seorang budak lelaki dan menahannya sebagai tebusan di dalam kubu bawah tanah yang suram selama 52 hari.


Dmitry Kopylov, 28, dihantar ke sebuah penjara di Rusia selepas didakwa atas 62 jenayah keji yang berasingan terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, dan seorang lagi mangsa yang tidak dijadikan tebusan.

Sebuah video menunjukkan ruang bawah tanah yang suram yang mana budak lelaki itu ditahan dan didera secara seksual turut disiarkan.

Foto: Mirror

Jenayah Kopylov termasuklah "melakukan liwat dan perbuatan seksual lain terhadap seorang budak lelaki" serta membuat dan mengedar pornografi kanak-kanak.


Kubu menyeramkan dengan katil gaya penjara itu terletak di bawah rumah Kopylov di Makarikha, wilayah Vladimir, kira-kira 185 batu dari Moscow

Seorang hakim memutuskan bahawa Kopylov mesti menjalani rawatan psikiatri semasa menjalani hukuman 19 tahun dan 11 bulan di penjara berkenaan.

Kanak-kanak itu diselamatkan dan disatukan semula dengan ibu bapanya pada November 2020 berikutan maklumat Interpol berdasarkan risikan dari Barat.

Pasukan khas Rusia memotong pintu keluli dan memecahkan tingkap untuk memasuki kubu tempat dia ditahan, ruang bawah tanah bersiling rendah yang sejuk dengan dinding kosong, dibina khas untuk menahan mangsa.

Kopylov telah diperangkap oleh pihak berkuasa selepas dia berkongsi perlakuan jenayahnya menerusi satu laman web pedofilia. -CARI

Sumber: mStar/ Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-7-2022 12:24 PM
kesiannya budak tu, trauma wehhhhhhhhh
Quote pooh~key 6-7-2022 12:28 PM
Dark web lah tu khen sis?
Quote encikWawad 6-7-2022 12:45 PM
di kurung si sial bawah tu. seal pintu masuk tu biar mati perlahan lahan dan seksa
Quote piep 6-7-2022 03:32 PM
tak guna betoll..sial laa.. mudah2an mati dlm penjara tu.. sian budak tu trauma

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.038603 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top