CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Bagi Diskaun' - Tak Nak Pelancong Fikir Datang Ke Thailand Sebab Murah

6-7-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1425| Komen: 6

Semua premis perniagaan, hotel dan hospital swasta di Thailand perlu mengelak dari menawarkan diskaun besar bagi menarik kedatangan pelancong. 

Sebaliknya, mereka perlu memberikan tumpuan untuk meningkatkan nilai negara sebagai destinasi pelancongan premium. 

Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul berkata, persepsi tentang harga pelancongan yang murah di negara ini perlu diubah serta-merta, lapor Reuters.  


Kredit foto: Reuters

“Kita tidak mahu pelancong fikir datang ke Thailand sebab murah, tetapi mereka patut cakap kerana alasan kerja, tawaran berpatutan yang dapat memberi nilai tambah kepada negara ini.


“Lebih mahal harga diletakkan, lebih ramai pelanggan akan datang. Kalau tidak, Louis Vuitton tidak mampu meraih sebarang jualan,” katanya.  

Thailand menerima kira-kira dua juta pelancong asing dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. 

Sebelum ini, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik Covid-19.  

Salah satu destinasi popular di Thailand berjaya merekodkan kedatangan hampir 40 juta pelancong semasa prapandemik 2019 dengan 1.91 trilion baht (RM236 bilion) bersamaan 11 peratus keluaran dalam negara kasar.  

Ketibaan pelancong merosot kepada 6.7 juta tahun berikutnya dan turun kepada 428,000 tahun lalu. 

Tahun ini, Thailand meramalkan kedatangan 10 juta pelancong sekali gus meningkatkan semula ekonomi negara.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-7-2022 12:25 PM
dah boleh beralih arah ke lain lah korang bila dgr statement ni
Quote Decaffeinated 6-7-2022 10:37 PM
Dari 40 juta tourist turun ka 400k, that's 100X less

No wonder Thailand will do everything to lure them back. Ganja pun ganja lah janji datang. Chern! Chern!



Quote H0rr0rfan 6-7-2022 11:54 PM
Biasa kalau pelancong UK ke Thailand untuk jumpa ladyboy atau pedo je.
Quote eyansss 7-7-2022 12:07 AM
chinta89 replied at 6-7-2022 12:25 PM
dah boleh beralih arah ke lain lah korang bila dgr statement ni

boleh explore phillipine...  sana pun banyak pantai n pulau cantik2...
Quote musangbodoh 7-7-2022 12:26 AM
jiran aku p siam nk semata2 sbb pulut ayam je
Quote Dwdrum 7-7-2022 12:51 AM
Cakap saja begitu.. Nanti low season cari saja resort owner local dapat discount dan free motocycle... Di island lah bukan mainland

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.185556 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top