CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Setahun Dua, Lebih 30 Tahun Orang Golok Membesar Dengan Minyak Masak Malaysia

6-7-2022 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2206| Komen: 25

Bukan setahun dua, namun lebih 30 tahun penduduk di sekitar pekan Sungai Golok membesar dengan minyak masak dari Malaysia.

Siasatan wartawan Sinar Harian pada Selasa mendapati bukan sahaja minyak masak peket bersubsidi seberat satu kilogram (kg), malah minyak masak botol seberat lima dan 10kg turut dijual secara berleluasa tanpa kawalan di sekitar pekan Sungai Golok.


Minyak masak paket yang dijual di sebuah kedai di Padang Besar (Thailand).

Hasil penyamaran wartawan Sinar Harian, kisah itu terbongkar apabila penduduk mengakui memperoleh minyak masak subsidi Malaysia dengan mudah di sana.

“Minyak masak peket dari Malaysia juga berkualiti. Sebab itu orang Thailand suka gunakan minyak masak dari Malaysia apabila memasak,” ujar seorang penduduk ditemui wartawan Sinar Harian.


Peniaga di Sungai Golok berhati-hati dalam percakapan mereka ketika ditanya mengenai minyak masak peket dari Malaysia.

Bernama sebelum ini melaporkan lesen 24 syarikat pembungkusan semula digantung dan ditarik akibat kesalahan penyelewengan bekalan minyak masak peket bersubsidi sejak tahun lepas.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 6-7-2022 10:01 AM
entah berapa ramai pula sudah berkerja di malaysia & dapat IC
Quote kelip2_07 6-7-2022 10:04 AM
cmne blh lps bkn kt rantau pnjg tu ade kastam ke?
Quote damsel_fiji 6-7-2022 10:12 AM
Siam xpe..jgn singaporen..ummah menggelupo
Quote Skuau 6-7-2022 10:14 AM
Edited by Skuau at 6-7-2022 10:20 AM

yg bermakna..jugok...30 tahun MSIA dgn KEBODOHAN NYA....mohon 'acara bodoh' dipertandingkan kt sukan sea...cayalah 100% kita akn dapat emas...
Quote Ladyfreecare 6-7-2022 10:26 AM
Selama puluhan tahun tu takda pulak bekalan minyak dalam negara terganggu. Kenapa sekarang? Mungkin ada sebab lain.
Quote mizruncing 6-7-2022 11:22 AM
bagus sgt la tuhhhhhhhhhh
Quote Redvelvet3 6-7-2022 11:50 AM
Ape cerita ni......[em:6:]
Quote airfilterkotor 6-7-2022 12:44 PM
Mesti minyak seludup dari Nismilan ni.

-TMB
Quote kluangman 6-7-2022 02:38 PM
Kelate kan kuat Isle. Takkanlah kerja seludup barang pulak.
Quote Firenzza 6-7-2022 03:50 PM
Ladyfreecare replied at 6-7-2022 10:26 AM
Selama puluhan tahun tu takda pulak bekalan minyak dalam negara terganggu. Kenapa sekarang? Mungkin  ...

Mungkin penguatkuasa jaga sempadan msia tu rakyat golok
Quote SonicSiLandak 6-7-2022 03:52 PM
alhamdulillah

rezeki mereka

korang pun ada gak rezeki korang

khueeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnszzzzzzzzt

Quote Firenzza 6-7-2022 03:52 PM
Skuau replied at 6-7-2022 10:14 AM
yg bermakna..jugok...30 tahun MSIA dgn KEBODOHAN NYA....mohon 'acara bodoh' dipertandingkan kt sukan ...

Sbb yg perintah kelantan parti DAP kot?
Quote Decaffeinated 6-7-2022 03:53 PM
Years ago adalah pemandangan biasa orang Thai naik bas balik Had Yai (yang orang Malaysia sebut Hat-NYai) jinjing minyak masak 5 kilo sorang sebotol (macam indon bawa balik Milo)
Quote Decaffeinated 6-7-2022 03:55 PM
kelip2_07 replied at 6-7-2022 10:04 AM
cmne blh lps bkn kt rantau pnjg tu ade kastam ke?

Bukan kesalahan kot.

Lagi pun it's not their fault siapa suruh jual murah.


Quote cheezel 6-7-2022 03:57 PM
Penguatkuasa sempadan dah kyg 30 thn tu
Quote dani-rox 6-7-2022 03:57 PM
King sports bra tersenyum sinis
Quote takayama 6-7-2022 04:25 PM
gitulah bila terbongkar dah berpuluh tahun terjd
dan dulu kala xde halangan utk dibawa ke seberang - kata penguatkuasa  
Quote Belibis 6-7-2022 04:27 PM
Dalam maksud tersirat..rasuah penguasa sempadan dah 30 tahun lebih?? Gitu??
Quote Tinot7 6-7-2022 04:31 PM
Tak sangka di sana deme tak dpt sabsidi mcm2..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043773 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top