Wanita curang yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain dihukum berarak mengelilingi sebuah kampung sambil memikul suami di atas bahunya.
Mirror Uk kelmarin melaporkan, kejadian berlaku di di Kampung Borpadaw di Madhya Pradesh, India selepas suami wanita itu membuat laporan polis apabila isterinya menghilangkan diri selama seminggu. Sebaik laporan polis dibuat, salah seorang penduduk kampung tampil mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya sedang bersembunyi di rumah kekasih gelapnya. Menerusi satu klip video yang tular, wanita itu dilihat menggendong suami di atas bahunya dalam keadaan kesakitan sambil ditertawakan oleh penduduk kampung.
Suami wanita yang tidak didedahkan identitinya itu didakwa memukul, menarik rambut dan menghempas isterinya ke tanah selepas mengetahui hubungan sulit itu. Setakat ini, sembilan orang ditangkap berhubung kejadian itu manakala wanita berkenaan dihantar pulang ke rumah ibu bapanya. Sumber: Kosmo
|
Prickford replied at 6-7-2022 08:28 AM
Eleh jantan paria ni, bila perempuan salah, kemain lagi nak belasah junjung laki. Bila laki salah, t ...
ADVERTISEMENT