CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Pelik Terkena Sihir Ke? Jualan Tengah Kencang, Tiba-Tiba Sahaja Tomyam Jadi Pahit Belaka

5-7-2022 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2161| Komen: 14

Apa sebenarnya yang berlaku?

Persoalan itulah yang bermain di fikiran peniaga ini apabila tomyam yang dihasilkan tiba-tiba berubah menjadi pahit.


Menurut Nor Suzana Asma Ismail, 24, ia merupakan kejadian aneh yang pertama sejak mengusahakan gerai tomyam di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu, awal tahun ini.


Foto: Tiktok

"Saya dah berniaga pelbagai jenis makanan sejak enam tahun lalu. Gerai tomyam ini pula baru dibuka awal tahun 2022. Saya cuti tiga bulan ketika bersalin Mac lalu dan gerai baru saja dibuka semula.

"Minggu lepas ketika sedang memasak, tiba-tiba kuah rasa pahit. Sebelum ni semua okay, ini kali pertama kuah tak menjadi. Padahal saya masak guna teknik dan bahan yang sama.

"Sebelum ni tak pernah ada masalah sebab saya guna limau nipis yang betul. Tapi ketika kejadian, limau nipis yang saya guna rasa lain. Terus saya buang semuanya. Tak tahu kenapa bermasalah, selama ni okay saja.

"Saya yang rasa sendiri sebab saya yang masak. Sejujurnya memang risau, sebab kita berniaga nak bagi orang makan," ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Mesra disapa Asma Mek Thai, dia turut berkongsi mengenai kejadian itu menerusi satu video di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.

Selain bersimpati dengan apa yang berlaku, beberapa netizen turut mendakwa kejadian berkenaan ada kaitan dengan perbuatan sihir dan memohon agar Asma mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Rasanya baik akak pergi berubat. Ada tak kena dengan kedai awak ni. Dulu mak saya berniaga, terkena macam awak.

"Mak saya pernah buka kedai makan kat kawasan akak menjual ni. Mak saya pernah kena. Ustaz tu cakap area Kelulut tu memang tempat paling ramai yang buat.

"Biasanya kalau pahit, daun limau purut atau kulit limau

"Ada yang silap kot, bersangka baik, InsyaAllah baik," tulis beberapa netizen.

Menurut Asma, dia peka dengan segala komen yang dilontarkan, malah dia juga bersetuju dengan pandangan netizen agar sentiasa bersangka baik.

Pada masa sama, Asma juga tidak menolak kemungkinan sekiranya ia ada kaitan dengan elemen sihir dan turut merancang untuk berjumpa pengamal perubatan Islam tidak lama lagi.

"Saya ada baca komen-komen di TikTok. Tapi tak tahulah, saya ni fikir baik-baik saja. Tapi biasalah orang berniaga, adat sesama Melayu. Sebolehnya saya tak nak fikir benda sihir walaupun ramai yang komen macam tu.

"Tak nak orang cakap macam-macam, saya juga tak mahu fikir yang negatif. Tapi netizen kata lebih baik pergi berubat sebelum ia melarat. Saya pun ada perancangan nak jumpa ustaz, tapi tak tahu lagi bila," ujarnya.

Di sebalik kegusaran itu, Asma bersyukur kerana gerai yang diusahakannya mendapat sambutan baik, malah dia turut menerima pelanggan dari luar Terengganu yang mahu merasai tomyam asli hasil air tangannya.

Menurut Asma, dia yang memiliki darah kacukan Thailand menggunakan resipi sendiri dan berharap perniagaan yang diusahakan akan lebih dikenali pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, tomyam saya orang beratur panjang. Sebab tu saya kata adat berniaga, sesama Melayu, tapi saya tak nak bersangka buruk.

"Pada hari biasa, habis terjual satu tong periuk besar. Kalau hari cuti, boleh jual sampai dua atau tiga periuk besar. Ada orang WhatsApp dari Kuantan, Kemaman, Kuala Lumpur, mereka sanggup datang sebab nak cuba.

"Saya memang buat promosi di TikTok saja. Terharu sebab ramai nak datang walaupun saya berniaga gerai tepi jalan saja, bukannya ada restoran pun. Terima kasih atas sokongan semua," ujar Asma yang dibantu dua pekerja lagi di gerainya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-7-2022 06:18 PM
Ada satu ketika ni
Masa kawan iols kat kedai utk makan.
Dia pergi tempat kuih..tiba tiba ada semut buah kaler hitam.tu banyak sangat kat satu kuih ni..
Masalahnya kuih tu bukan kuih manis..
Kuih manis sebelah dia takdak semut langsung..
Gi komplen.kat.kodai...terus semua kena simoan kat belakang..maybe buang kot..
Sampai.skang cm takajut gitu sebab pelik semut buah bolrh ada kat kuih..
Quote nipskacang 5-7-2022 06:23 PM
Bukan ke kalau pahit tu sbb daun limau tu? Kene buang urat kat tgh tu kn, lps tu kalau jenis bilah daun besar kat depan, kt belakang kecik slalu nya jenis tu pahit.
Quote Firenzza 5-7-2022 07:27 PM
nipskacang replied at 5-7-2022 06:23 PM
Bukan ke kalau pahit tu sbb daun limau tu? Kene buang urat kat tgh tu kn, lps tu kalau jenis bilah d ...

X pun tergigit bijik limau kot?
Quote buapakperut 5-7-2022 08:05 PM
nipskacang: Bukan ke kalau pahit tu sbb da ...


Betul, salah satu punca daun tu la. Dulu tak tahu nape buat paprik bau pahit dan rasa x sedap padahal bahan sama dah selalu masak. Rupanya sebab daun main campak je.
Quote anggeriklatifah 5-7-2022 08:06 PM
Teringatnaku tomyam kat hadyai..sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
Quote Nanadjo 5-7-2022 08:26 PM
Baca tajuk ni teringat cerita mak iols masa dia kerja kantin dulu. Bihun dah rendam dalam air panas pun masih kejung macam baru keluar dari bungkus, tak pernah2 jadi macam tu. Mak iols dah rasa ada benda tak kena, bagitau bos, jadi tak masak la bihun goreng hari tu. Tak tau la kalau ada orang sihirkan ke atau ada benda yg saja nak mengusik.
Quote Mamason 6-7-2022 10:27 AM
Benda sihir2 ni memang wujud.  Tapi jgn sampai semua perkara nak kaitkan dgn sihir bagai.  Siasat molek2 dulu masakan kita maybe bahan2 ada yg xkena... takut jadi fitnah sbb xtau sape penyihir gerai awak kan... hati2 and semoga adik ini berjaya menjual tomyam.
Quote Belibis 6-7-2022 10:32 AM
Lama sangat cuti..ntah2 lupa resepi..daun limau purut kalau banyak sangat memang jadi pahit.
Kalau sale belum sampai sejota...itu bukan niaga,tapi hobi..jijan semang.
Quote mizruncing 6-7-2022 11:17 AM
Mamason replied at 6-7-2022 10:27 AM
Benda sihir2 ni memang wujud.  Tapi jgn sampai semua perkara nak kaitkan dgn sihir bagai.  Siasat mo ...

tu la pasal. apa je sikit semua nk kait dgn sihir
Quote asamfish 6-7-2022 12:17 PM
Ni mesti limau tu spesies lain kot.  Tu yang pahit.  Macam buah oren la...nampak semua sama, tp ada yang masam, ada yang masam pahit, ada yang manis.
Quote None68 6-7-2022 12:41 PM
Kita yg masak puluh tahun kat rumah ni pun kekadang error..better cek diri sendiri
Quote Decaffeinated 6-7-2022 06:57 PM
Mamason replied at 6-7-2022 10:27 AM
Benda sihir2 ni memang wujud.  Tapi jgn sampai semua perkara nak kaitkan dgn sihir bagai.  Siasat mo ...

Lebih bagus kalau tak percaya langsung.

Semua kejadian perlu cuba difahami berbanding blame it on benda yang tak perlu dibuktikan. Banyak cantik!


Quote jejaka_hensem 6-7-2022 07:10 PM
Entah2 salah diri sendiri,tapi takut kena marqh dgn tok laki,terus kaitkan dgn sihir
Sihir tak bersalah,sihir difitnah
Quote Mary_jane 6-7-2022 10:30 PM
Solat jangan tinggal kak, ada lah tu terkehel resepi kat mana2. Biasa lah people make mistake. Dah lama tak makan laksa utagha oi.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.409257 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top