CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dalam Banjir, Suami Terkilan Tak Sempat Bawa Isteri Hamil Makan Piza

5-7-2022 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1332| Komen: 7

Baling: "Saya bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang saya sayang ditemukan tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat hari ini.

"Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri (Nurul Anis Abu Hassan, 28) untuk membawanya keluar makan hari ini, saya reda dengan apa yang berlaku," kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman, 24.

Menurut Mohd Khairul Asyraf, isterinya yang hamil empat bulan sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan hari ini malah dia tidak sabar untuk melihat jantina anak sulung mereka.


Foto: Harian Metro

Katanya, dia yang bekerja di Pulau Pinang berjanji akan pulang ke rumah hari ini selain mahu menunaikan hasrat isterinya untuk makan piza.

"Dia juga beritahu tak kisah anak kami lelaki atau perempuan malah dia juga seronok hendak membuat persiapan membeli barangan bayi.

"Sejak malam tadi, saya berdoa supaya ibu (Salmah Mat Akib, 51), isteri dan adik lelaki (Khairul Ikhwan Nor Azman, 14) ditemukan segera akibat kejadian kepala air yang berlaku semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Khairul Asyraf berkata, tak banyak perubahan berlaku pada mereka bertiga malah tidak menyangka ketiga-tiga mereka terkorban dalam tragedi itu.

Katanya, jenazah ketiga-tiga ahli keluarganya itu dijangka dikebumikan di Kampung Charok Bemban, di sini, sehingga urusan di Unit Forensik Hospital Baling selesai.

Hari ini, jasad Nurul Anis ditemukan 9.30 pagi tadi diikuti ibu mentuanya yang ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari rumah mereka yang dihanyutkan kepala air semalam.

Jasad Khairul Ikhwan, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai ditemui 11.55 pagi tadi.

Dalam kejadian 6 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Mukim Kupang dan merosakkan sekurang-kurangnya 20 Kampung.

Kawasan dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas selepas berlakunya limpahan sungai di kawasan berdekatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 5-7-2022 05:12 PM
Pembetulan: 4 nak.
Quote dua_chzy 5-7-2022 05:12 PM
Takziah...
Quote xtahumenahu 5-7-2022 05:14 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..Takziah buat keluarga
Quote Mamason 6-7-2022 10:45 AM
Innalillahiwainnalillahirojiun... Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan suami serta keluarga tabah menghadapi kehilangan orang tersayang. Aaminn..
Quote Belibis 6-7-2022 10:46 AM
Sedihnyaaa..umur muda lagi dah jadi duda.
Quote ezacbee 6-7-2022 10:48 AM
Sekelip mata hilang keluarga. Tabahlah dik.
Quote mizruncing 6-7-2022 11:05 AM
sedihnyaaa. semoga syurga tempat mu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.076794 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top