|
Selepas penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki menayangkan badan dalam sebuah drama sehingga meraih perhatian ramai, MK yang kini turut aktif berlakon mengaku tiada masalah untuk menjayakan babak sedemikian.
Bagaimanapun MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, setiap babak yang dilakonkan perlu mempunyai limit dan tidak menimbulkan apa-apa spekulasi atau andaian tidak baik oleh netizen. "Jika babak yang dilakonkan memerlukan adegan (tayang badan) sebegitu, saya tiada masalah. Tapi setiap babak yang dijayakan perlu ada limit. "Bagi saya setiap watak yang diberikan juga perlu bersesuaian dan tidak menimbulkan apa-apa spekulasi untuk provok netizen membuat sesuatu andaian. Jika ada perkara itu kita cuba elakkan," katanya.
|





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.263670 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.