CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat Bayaran Tinggi, Cuba Teka Berapa Adi Putra Dapat Berlakon Mat Kilau?

5-7-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13555| Komen: 112

Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran tinggi membawa watak Mat Kilau untuk filem arahan Syamsul Yusof.

Namun, untuk mendedahkan jumlah sebenar bayaran yang diterima, Adi, 41, lebih selesa kunci mulut.


Foto: IG

“Ya memang benar (bayaran mahal). Sebab ia memerlukan kudrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih.

“Ia bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa jumlahnya? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu,” katanya.



Adi ditemui dalam majlis tayangan amal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan anjuran Biro Media Sosial Pu­teri UMNO Malaysia dan Kretip Malaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

Ditanya pandangannya tentang isu kutipan cukai hiburan yang hangat dibincangkan, Adi enggan mengulas panjang.

Katanya, penerbit filem lebih layak bersuara.



“Tinggi atau rendah kutipan cukai itu, ia dari sudut perniagaan dan saya tak boleh sentuh.Berbalik kepada empunya. Tapi kalau nak cakap pasal hal ini, rasanya lebih baik kita naratif dari sudut positif.

“Ia supaya penyatuan kita ini akan mara bila kita bersama-sama ke arah kejayaan. Kritikan akan jadi isu dan itu adalah lumrah sebab kalau tak ada yang menyuarakan, mungkin tidak ada yang sedia maklum.

“Tapi itulah yang kita ingin­kan. Keprihatinan agar ada berlaku perubahan pada masa hadapan. Saya faham bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang,”katanya.



Ditanya sama dia juga menanti pengumuman penghasilan sekuel filem Mat Kilau, Adi bagaimanapun teruja jika benar perkara itu direalisasikan.

“Kalaulah ada, Alhamdulillah. Saya serahkan kepada penerbit. Saya ini cuma barisan pelakon saja. Kita sama-sama doakan andai benar ada se­kuel,” katanya.



Sehingga semalam, jumlah kutipan filem Mat Kilau mencecah RM47 juta dalam tempoh 11 hari tayangan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 5-7-2022 11:57 AM
Wow hari tu dah jd jutawan..lepas ni double jutawan la..harap burung x terlepas lagi lepas ni
Quote Cokoro 5-7-2022 12:01 PM
jalfa replied at 5-7-2022 11:57 AM
Wow hari tu dah jd jutawan..lepas ni double jutawan la..harap burung x terlepas lagi lepas ni

ahahahahahhahaha insaf dah kut #taatpadayangsatu
Quote LuvAurora 5-7-2022 12:01 PM
Dia mmg nampak hensem betul dlm cita ni
Quote Cokoro 5-7-2022 12:02 PM
iols nk teka mungkin setengah juta kut.
Quote tompie 5-7-2022 12:04 PM
In addition to fixed payment mesti ada add on bonus based on kutipan.
Kutipan pun dah banyak.. mestilah payment dia pun berganda2..
Quote stingergrumpy 5-7-2022 12:07 PM
LuvAurora replied at 5-7-2022 12:01 PM
Dia mmg nampak hensem betul dlm cita ni

Hepppppppppppp

Awangkayu ko nak letak diposisi keberapa?

Huhhhhhhh

Kahkahkahkahkahkahjah
Quote stingergrumpy 5-7-2022 12:09 PM
Relax aja aku perhatikheun sibebird ini....biorla si awangkayu jadi barua layan penonton....buat meet session dlm panggung nonton MK....bini tengah ghairah laki sedang mendonia la katakheun...

Kemaruk ....

Kahkahkahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 5-7-2022 12:12 PM
Matang dalam  handling soalan soalan dlm interbiu...

Ini barula pelakon berwawasan.....chill takda sikit sikit macam si kayu iteww saya timakasih pada bini pengkufur nikmat saya kerana beri sokongan sampai risau2 dirumah tak lelap tidur kerna saya terpaksa shoot pada jam 3 pagi dlm sungai....apa ada dlm sungai saya pun tak tahu...

Podahhhhh

PROTTTTTTTTTTTT

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 5-7-2022 12:15 PM
tompie replied at 5-7-2022 12:04 PM
In addition to fixed payment mesti ada add on bonus based on kutipan.
Kutipan pun dah banyak.. mest ...

Ko jugak yg melopong....

Besok pagi nak cari kayu nak cari kayu nak cari kayu.....

Kahkahkahkahkahkah
Quote dekmieDandy 5-7-2022 12:16 PM
tadi google tulis tinggi dia 1.72m je

tapi dalam cerita mat kilau ni nampak dia tinggi pulak, macam atleast 1.78m

mungkin proportion body dia yang cantik kot
Quote mendeluk 5-7-2022 12:17 PM
Ada ke perempuan rela jadi bini nombor dua
Quote Nanadjo 5-7-2022 12:22 PM
mendeluk replied at 5-7-2022 12:17 PM
Ada ke perempuan rela jadi bini nombor dua

Insaf dah kot nak berbini dua.
Quote Cokoro 5-7-2022 12:31 PM
mendeluk replied at 5-7-2022 12:17 PM
Ada ke perempuan rela jadi bini nombor dua

ada, bbnu yg tak tahu sejarah silam
Quote mendeluk 5-7-2022 12:34 PM
Cokoro replied at 5-7-2022 12:31 PM
ada, bbnu yg tak tahu sejarah silam

Sejarah tunjuk bebird kan, pastu scandal dgn bini org laki itu kertu itu kn siap buat press
Quote kaoru44 5-7-2022 12:36 PM
I xfollow apa isu2 dia sblm ni..tp jujur ckp..mmg i rasa dia hensem..
Quote mizruncing 5-7-2022 12:41 PM
bape wehhhh. nk tau gak haha
Quote jijilaaa 5-7-2022 12:44 PM
jangan tambah cawangan lagi ye......mesti ramai pencaras2 tengah aim
Quote shiraloveyou 5-7-2022 12:45 PM
Iols tak nafikan memang adp mmg hensem nak2 masa dia berlakon drama tv3 dgn fs...memang melting habis...dalam MK pun hensem tapi kalau tak terpalit kes2 lama mesti lagi hensem
Quote gx5448 5-7-2022 12:49 PM
Aku kesian gak tgk pelakon asal singapore..pelakon diorang sendu sgt..balik2 muka tu kalo tgk drama suria sana tu..bila dah dapat tembus malaysia barulah ada nama sikit org kenal..gossip kontroversi pon mgkn diorang takde kot..

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top