CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Anak Ramai, Emma Maembong Mengaku Lepas Pantang Anak Pertama Terus Cuba Buat Yang Kedua

5-7-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2125| Komen: 15

Sebaik sahaja selesai berpantang anak pertama, pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua.

Namun Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata rezeki untuk menimang cahaya mata kedua belum tiba dan dia serta suami percaya Allah mahu mereka memberikan perhatian lebih kepada anak pertama iaitu Shariq Gabriel.

Foto: IG

Kata pelakon berusia 30 tahun ini, dia sememangnya mahu memiliki cahaya mata yang ramai, lebih-lebih lagi dia mempunyai 11 orang adik-beradik dan suka menjaga anak saudara.

"Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.




"Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.

"Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah.



"Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki... mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama," kata Emma kepada mStar.

Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.



Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, pelakon filem Frontliner ini turut berkongsi pengalaman dia memberikan susu badan sepenuhnya dan mengubah gaya pemakanan demi kesihatan putera sulungnya.




"Saya memang bagi susu badan sepenuhnya sebab nak anak ada antibody yang kuat. Bukan itu saja, saya juga amalkan makanan berkhasiat. Bangun pagi, makan buah-buahan seperti strawberi.

"Saya juga makan banyak sayur-sayuran walaupun sebelum ini, tak makan pun. Kalau dahulu, makan makanan yang tak sihat. Tapi demi anak, saya sanggup ubah gaya pemakanan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 5-7-2022 12:50 PM
yelahhhhh nextttttt
Quote gideoncross 5-7-2022 02:33 PM
Indirectly nak bgithu stiap hri ngesek ke?
Quote takayama 5-7-2022 02:50 PM
yealah usaha lg dan lg sehingga berjaya
sbb usaha tu tangga kejayaan
Quote Cokoro 5-7-2022 03:16 PM
Semoga trcapai cita2 nk ank ramai
Quote edsassin 5-7-2022 03:17 PM
Bukan ada gambar dia kat lengan ada parut implanon ke?
Quote Suchi 5-7-2022 03:34 PM
Nih mcm kawan iols cecepat gak dia nak ada no 2, maybe sbb nak anak membesar sama2 kot lagipun kawan iols tu anak tunggal jd mestila nak anak reramai.
Skrg berderet gakla anak dia dah 5 orang maybe akan bertambah lagi taktau la. Dia kaya takpe beranok ramai pun.
Quote nakkomenjugak 5-7-2022 03:40 PM
Sissssss ko nak anak banyak buat team bola pun lantakkk
Fooki kauuuuu, no one gaf
Quote umbut 5-7-2022 03:45 PM
usaha lagi ye timah. Laki ko sedap anak comel, jgn disia siakan
Quote SonicSiLandak 5-7-2022 03:46 PM
gideoncross replied at 5-7-2022 02:33 PM
Indirectly nak bgithu stiap hri ngesek ke?

ye la tu

kalau boleh nk bg tau berapa banyak scene diorang rekod buat koleksi peribadi

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote missyL 5-7-2022 03:50 PM
Mmg skang jadi artis mmg kene bgthu kesah dlm kain ke
Quote rayray28 5-7-2022 03:50 PM
Perlu kee kami tau alahaiii..kalau dh kuar baby kang tau laaa org
Quote watieabe 5-7-2022 03:52 PM
Comelnya anak dia
Quote dudaberhias 5-7-2022 05:21 PM
buat ler banyak2 sementara masih muda dan larat ni... nanti dah menopos macam si nenek tak nak kalah siap tawar menawar baju sampai nak rm100 dua helai... tak pepasal menyesal hokkeh... done pitenah nenek tu...
Quote Minahbwgputih 5-7-2022 09:12 PM
TMI. Simpan jelah cita macam tu.
Quote drewbinsky 15-7-2023 11:11 AM
you can convert HEIC to JPG by heic to jpg without significant loss in image quality.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.476782 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top