Selebriti terkenal Indonesia Baim Wong cedera akibat jatuh ketika berjalan turun di bawah lereng bukit dalam hutan di daerah Malang, Indonesia. Ia berikutan hasratnya ingin bertemu dengan pasangan warga emas yang menetap dalam hutan tersebut. Mujur Baim hanya mengalami luka di bahagian kaki. "Cerita pencarian warga emas di Malang. Malah terjadi sedikit kemalangan. Tapi untungnya saya selamat sampai ke rumah yang dituju. "Rumahnya benar-benar berada dalam tengah hutan belantara," kata Baim menerusi perkongsiannyanmdi Instagram.. Bagaimanapun, Baim kelihatan terlalu gembira bertemu dengan warga emas tersebut sehingga terlupa kesakitan luka di kakinya. Dalam pada itu, suami kepada Paula Verhoeven itu turut berkongsi perjalanannya selama tiga jam ke rumah warga emas tersebut.
IG Baim "Masih ingat tak dengan pasangan suami isteri yang tinggal dalam hutan... saya mahu berjumpa mereka. Perjalanan tiga jam dari Malang. Masuk-masuk terus hutan. "Di sini semuanya hutan. Tak ada kehidupan lain. Perjalanan sudah jauh tapi belum sampai," kongsi Baim. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT