CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Masih Ingat Pesan Arwan Kak Pah Walau Sudah Lapan Tahun Berlalu

5-7-2022 12:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2900| Komen: 35|Original author: Tatod

Sumber IG


Allahyarham Datuk Sharifah Aini adalah antara insan yang bertanggungjawab dalam membentuk karier seni penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir.

Hubungan mereka bukan hanya setakat mentor dan 'sifu' ketika kedua-dua mereka terbabit dalam program realiti, Mentor musim kelima pada 2011. 

Namun, Shiha menganggap Biduanita Negara itu seperti ibu sendiri yang menjadi tempatnya bergantung ketika mula menjejakkan kaki dalam industri seni.



Genap lapan tahun pemergian Sharifah Aini yang mesra disapa Kak Pah, pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir itu masih sebak setiap kali mengenang insan berkenaan. Kerinduan terhadap arwah tidak akan pernah terpadam.

"Hingga saat ini, masih terngiang-ngiang pesanan arwah. Antara paling kerap dipesan, jangan boros berbelanja. 

"Apabila ada simpanan, kita tidak akan menyusahkan orang lain. Jujurnya, saya amat mengagumi arwah yang sangat berdikari dan berjaya dalam perjuangan hidup serta kerjayanya.

"Saya menjadi insan lebih kuat, bersemangat dan teliti dalam setiap perkara dilakukan. Saya juga berani berdepan rintangan sebelum mengorak langkah lebih jauh." katanya kepada BH Online.


Kata Shiha lagi, arwah juga sering mengingatkan agar menyimpan 50 peratus daripada setiap bayaran undangan nyanyian dan bakinya barulah digunakan untuk perbelanjaan peribadi.

Ketika berhadapan dengan kemelut pandemik Covid-19, Shiha menyedari kebenaran pesana arwah itu. 




"Mujurlah saya ikut pesanannya jadi, dapat juga saya membantu mereka yang berdepan kesempitan hidup dengan wang simpanan sebelum ini," katanya.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 5-7-2022 02:39 PM
Sebab tu arwah kak pah tk pernah meminta2.

Kerana nasihat segini yg arwah lontarkan dulu telah mnjadi isu panas antara beliau dgn arwah saloma. Tambahan pulak ada yg mengapi2kn. Aku ingt lagi kisah tu
Quote beautifulorchid 5-7-2022 02:56 PM
tokchik replied at 5-7-2022 02:39 PM
Sebab tu arwah kak pah tk pernah meminta2.

Kerana nasihat segini yg arwah lontarkan dulu telah mnja ...

Tak paham, sharifah aini pernah nasihatkan Saloma untuk menyimpan separuh dari bayaran yang dia dapat ke?
Quote KamikuP 5-7-2022 03:04 PM
tokchik: Sebab tu arwah kak pah tk pernah meminta2.Kerana nasihat segini yg arwah lontarkan dulu telah mnjadi isu panas antara beliau dgn arwah saloma. Tambaha ...


Citer le cuolls apa kisah antara Saloma dan Tok Pah ni.. (Al fatihah buat mereka berdua)

Quote lasagna 5-7-2022 03:17 PM
uiks ada cerita ke antara (arwah) berdua ni? cer cite sket.
Quote noell 5-7-2022 03:22 PM
KamikuP replied at 5-7-2022 03:04 PM
Citer le cuolls apa kisah antara Saloma dan Tok Pah ni.. (Al fatihah buat mereka berdua)

kisahnya camni

satu hari saloma masuk hospital sakit kuning then heboh takdak duit nak buat treatment then masa tuh la jgk ada wartawan jahat neh pi tanya kat tokpah apa pandangan dia kat artis yg tak pandai menyimpan smpai meminta masa sakit so dgn inesennya topah dia bagila ayat padu penuh sindiran pasai dia taktaw saloma sakit spital and at that same time dia baru releaase album baru tajuk tiada maaf bagimu

then bila masuk sokabar apalagi ngamokla saloma kata tokpah mengata dia the keluarla statement saloma ke tokpah "tiada maaf bagimu" haaaaaaa ok tak sinopsos aku enh???ayoooo tua sgt kah aku

then tokpah pi settle dgn saloma as depa pun mmg kawan baik dlm cirlce yg sama plus tokpah bg derma jgk tp mmg wartawan tuh mmg taksuka tokpah pun dengaqnya tp mmg hebohla sokabar masa tuh sibbaik takdak porem masatuh
Quote dudaberhias 5-7-2022 05:28 PM
noell replied at 5-7-2022 03:22 PM
kisahnya camni

satu hari saloma masuk hospital sakit kuning then heboh takdak duit nak buat treat ...

tq kaka tolong explain... almaklumlah ada porumer dalam ni tak cukup tua untuk ketahui kisah ni... mesti masa sotkabar masih bertulisan jawi gittew...

sape lagi yang tahu kisahnya boleh tolong jelaskan dekat porumer2 yang muda mudi tak tahu kisahnya di sini... sambil2 tu kaka nak sarankan untuk anda semua titik estee lauder advanced night repair tiap2 malam untuk tampak muda dan kekal cantik... agittewwww... mungkin la tak boleh semuda bayi baru lahir tapi atleast nampak muda dari jahlop pun cukup lah...
Quote encikWawad 5-7-2022 05:40 PM
noell replied at 5-7-2022 03:22 PM
kisahnya camni

satu hari saloma masuk hospital sakit kuning then heboh takdak duit nak buat treat ...

jadi kes saman kan

Quote sleepandream 5-7-2022 05:57 PM
satu benda yang iols paling ingat masa iols kecik dolu, arwah tokpah kene hentam dalam sotkaba sebab performance below par masa konsert dekat istana budaya.... pancit katanyeh
Quote SonicSiLandak 5-7-2022 06:40 PM
eh ko menang anugerah mengentut era je la

Quote noell 5-7-2022 08:57 PM

bkn kes neh

kes neh berakhir dgn pelokcium laga pipi

selama aku dok baca utusan malaysia tokpah ada 2 kes saman

1 dgn sokabar picisan apantah pasai reporter neh pi interview  mak kandung tokpah  (tokpah dibela dr kecik oleh tok/nenek dia lps mak dia serah dia kat family cina lps beranak) & twist boh headline anak batu durhaka & kira havoc la tp repoter tuh sapa pun tak amek keja dah lps kalah so jd pelakon plus pelawak then script writer

2 dgn designer yg design & buat baju dia design mcm almari bergerak & dia takpuas hati takmboh bayo masa neh dia dpt kontrak kat paddock masa neh exhusband dia manager dia tp kes neh dia kalah
Quote noell 5-7-2022 09:02 PM
dudaberhias replied at 5-7-2022 05:28 PM
tq kaka tolong explain... almaklumlah ada porumer dalam ni tak cukup tua untuk ketahui kisah ni... ...

eh bkn gosok dgn kek kering kontang mamasab ka utk lembot kulit?? estee lauder who???
Quote zamzam 5-7-2022 10:13 PM
So benang ni pasal tokpah ker si shiha?
Quote annadonna 5-7-2022 10:13 PM
noell replied at 5-7-2022 08:57 PM
bkn kes neh

kes neh berakhir dgn pelokcium laga pipi

Ada gambar tak baju almari bergerak tu?
Quote noell 5-7-2022 10:33 PM
annadonna replied at 5-7-2022 10:13 PM
Ada gambar tak baju almari bergerak tu?

aisey takdak porem cari la masa tuh tp i igt design basic dia
tp you kena imagine skit bleh??

design baju utk sepuloh malam basic design dia mcm jumpsuit then ada add ons la plus kain kilat mcm satin

tp masa tu tokpah badan dh besaq so you imagine la camna dia pakai tp rasanya dia takpakai abeh 10 design lps ex hubby kata tak sesuai tp mmg tak cantek pun dgn badan dia besaq masa tuh

tp nyanyi kat the paddock tuh mmg superstar saja yg layak mcm anita sarawak sudirman plus artis2 hongkong kut


Quote rosevelvet 5-7-2022 10:33 PM
noell replied at 5-7-2022 03:22 PM
kisahnya camni

satu hari saloma masuk hospital sakit kuning then heboh takdak duit nak buat treat ...

Jerung betul umo kakanoel.
Quote rosevelvet 5-7-2022 10:35 PM
dudaberhias replied at 5-7-2022 05:28 PM
tq kaka tolong explain... almaklumlah ada porumer dalam ni tak cukup tua untuk ketahui kisah ni... ...

Kaka, aiol dh pkai 2 bulan. Tp mmg mula aiol ni agaknya kenot do. Hahaaaa. X nmpk beza sgt. Lebur duit isinar aiol
Quote annadonna 6-7-2022 08:17 AM
noell replied at 5-7-2022 10:33 PM
aisey takdak porem cari la masa tuh tp i igt design basic dia
tp you kena imagine skit bleh??


Alaamak. Jumpsuit plus kain satin utk plus size is a big no. Thank you kakak share cerita.
Quote encikWawad 6-7-2022 12:33 PM
noell replied at 5-7-2022 08:57 PM
bkn kes neh

kes neh berakhir dgn pelokcium laga pipi

tak amek keja dah lps kalah so jd pelakon plus pelawak then script writer : OMG tak  tahu siapa


ngan ku seman pun berantam gak kan di court.


jumpa ni kat online - tq encik Kamal MS blog http://carmahlms.com/


"Selama 27 tahun saya memikul beban ini.  Saya rasa inilah masa paling tepat untuk saya melakukannya.  Maruah saya perlu dipertahankan dan pada masa sama saya rasakan diri ini sudah cukup dibuli,” ulasnya pada awal bab ini.  Semua ini berlaku ketika Puan Sri Saloma yang dipanggil ‘Mama’ dimasukkan ke hospital dan ramai memperkatakan mengenai penyakitnya selain masalah kewangan yang ditanggung.  Waktu itu, Kak Pah adalah penyanyi baru dan antara artis muda yang sering melawatnya.  Pernah suatu masa, Saloma teringin menjamah buah-buahan segar dan kebetulan Kak Pah yang akan ke Singapura mengambil kesempatan mendapatkan buah-buahan itu di sana.  Sekembali saja ke Kuala Lumpur, dia terus bergegas ke hospital.
Berikutan khabar angin mengenai masalah kewangan Saloma, wartawan turut mendapatkan komen Kak Pah berhubung perkara itu dan tidak terkecuali salah seorang editor yang juga dianggap sebagai rakan penyanyi itu sendiri.  Namun tidak terfikir komen jujur seperti yang diminta editor itu dimanipulasi sehingga menimbulkan salah faham.  Respons saya ialah situasi sedih ini mengingatkan artis muda seperti kami supaya bersedia pada masa depan.  Tiada siapa tahu apa berlaku pada masa akan datang terutama ketika diri tidak lagi diperlukan.  Saya tidak punya apa-apa agenda ketika memberikan komen ini selain sama-sama mengingatkan rakan seangkatan untuk sentiasa bersedia menghadapi situasi sedemikian,” katanya.
Dalam bab ini juga dipaparkan, episod yang melanda Kak Pah tidak berakhir begitu saja apabila editor terbabit menjadikannya sasaran berikutan hubungannya dengan Ali (bekas suami kak Pah).  Antaranya termasuk Kak Pah dituduh punya anak luar nikah sedangkan budak perempuan yang dibela penyanyi itu adalah saudaranya sendiri.  Sama sekali Kak Pah tidak menyangka kawan yang dikenali malah sepejabat dengan Ali sanggup melemparkan tuduhan sebegitu semata-mata mahu menjarakkan perhubungan antaranya dengan Ali.  Malah hingga kini ada antara kata-kata yang diluahkan editor berkenaan kepadanya tidak diceritakan kepada Ali demi menjaga perasaan bekas suaminya itu.
"Berbalik kepada Puan Sri Saloma, awal 80-an satu pertemuan yang diatur rakan diadakan di Jaya Puri Hotel (kini PJ Hilton).  Saya menempah ‘suite’ dan kami bertiga makan malam bersama termasuk Mama.  Ia sungguh menyeronokkan.  Dia adalah legenda dan ibarat ibu kepada saya.  Saya hormatinya sebagai artis yang berjaya malah saya rasa wajar berjumpa dan menerangkan perihal sebenar.  ”Melihatkan apa yang dipaparkan di akhbar membuatkan kami sama-sama menangis.  Saya masih ingat saya terus bersalaman dan kami berpelukan pada awal pertemuan itu.  Alhamdulillah, dia cukup memahami dan memaafkan saya,” ceritanya lagi.  Ini hanyalah sebahagian lontaran rasa yang dimuatkan dalam naskhah nukilan penyanyi ’Seri Dewi Malam’ itu sendiri.  Pelbagai perkara lain turut disentuh Kak Pah terutama ranjau berduri yang ditempuhi sepanjang tiga dekad pembabitannya di arena ini.

Quote ashilalat 6-7-2022 12:40 PM
Edited by ashilalat at 6-7-2022 12:42 PM
noell replied at 5-7-2022 08:57 PM
bkn kes neh

kes neh berakhir dgn pelokcium laga pipi


Kes dia dengan siti pon mcm ada masuk mahkamah kan?

Kes dia dgn S Atan pon ada kan? Dia kata duit dah bayar abis, tp hasilnya x memuaskan. Dia baik dgn tok ram padahal tok ram tu anak buah S Atan kan?

Senang cerita hubungan Tok Pah dgn media sejak azali sentiasa bermasalah. Tambahan pulak dia pon ada masalah dgn mak dia kan. Pantang salah cakap (mcm isu saloma dan mak), media pantas jadikan senjata. Sama juga isu dgn siti. Cepat je jadi panas. Wartawan against dia lagi ramai dari yg pro dia.

Tp mcm mana pon pusing² buruk perangai dia, aku sentiasa ada softspot kat Tok Pah sebab bakat dia. Sama juga Saloma dgn Siti. Mcm mana buruk pon org mengata (terutama Siti la, mmg byk juga yg buruk dan betol pasal Siti terutama isu caras mencaras) tapi bab nyanyian ni, aku ada softspot kat lagu² dan nyanyian Saloma, Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza. Hahaha.


P/s - nak tunggu haterz mana² antara 3 penyanyi ni nak bash aku pasal isu soft spot dalam lagu dan nyanyian ni. Hahaha.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.159291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top