CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lima Tahun Kerja Keras, Alieff Irfan Berjaya Beli Kereta Impian Bernilai RM2 Juta

5-7-2022 11:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6364| Komen: 25|Original author: Tatod

Sumber IG

Personaliti media sosial, Alieff Irfan yang sebelum ini memasang impian untuk memandu kereta 'sport' jenama McLaren 720s akhirnya tercapai apabila dia berjaya memilik kenderaan tersebut.

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, menganggap ia sebagai satu kejayaan dirinya selepas bertungkus-lumur bekerja keras  selama ini.

Kata Alieff, dia sepatutnya membeli kereta mewah itu pada Hari Raya Aidilfitri namun berdepan kelewatan atas beberapa faktor.



"Syukur, alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai hari raya lepas tetapi dapat masa raya haji. Kereta ini juga menjadi pembakar semangat saya yang tiada apa-apa sebelum ini.

"Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini," katanya kepada mStar.

Alieff yang memuat naik gambar serta video di media sosial menjelaskan perkara itu sebagai berkongsi kegembiraan dengan pengikutnya.

"Dalam dunia ini, tidak kira sama ada kita buat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang.


"Namun, bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha keras saya selama ini.

"Saya memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih keapda mereka yang selama ini banyak menyokong," katanya.


Menerusi laman web wapcar, harga kenderaan tersebut dianggarkan bernilai lebih dua juta. Sementara itu, laman web caricar, kereta 'recon' bagi jenama dan model tersebut bernilai lebih sejuta. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 5-7-2022 12:29 PM
Xkenal..tp sblm post blh check dulu english tu
Quote cikatilia 5-7-2022 01:11 PM
founder product?
Quote covidisreal 5-7-2022 01:56 PM
untungnya lah budak-budak sekarang, kaya senang-senang je
Quote imransulaiman 5-7-2022 01:57 PM
cikatilia: founder product?


Youtuber... Tapi mungkin isteri dia founder produk..

Dah beli kereta mahal tu, pergilah buat gigi ye.. Veneers dia yang sekarang ni teruk betul rupa kejadian
Quote ezacbee 5-7-2022 02:00 PM
Founder yg suka berselfie

Xpenah dengar produk ayla glow.. tapi untung juta2 tau
Quote SonicSiLandak 5-7-2022 02:31 PM
"congrats lip.. semoga sukses... semoga Allah murahkan rezeki ko lip" - komen BBNU tak abis2 mndoakan org tapi diri sndiri tkde sape doakan

Quote makton 5-7-2022 02:36 PM
umur baru 25? aku igtkan dah 30+
Quote chinta89 5-7-2022 02:42 PM
tp tu lah... esok lusa kalau terkesan dgn ekonomi jn meratib sb mas akaya berduit x beringat.

x kisahlah org kata hati aku hitam ke ape... aku ckp benda btl.

tgk masa PKP, sgt2 terkesan kat semua org.
Quote miracle_forever 5-7-2022 03:12 PM
ezacbee replied at 5-7-2022 02:00 PM
Founder yg suka berselfie

Xpenah dengar produk ayla glow.. tapi untung juta2 tau

fishy nya… ada bisnes cuci mencuci juga ke?
Quote ezacbee 5-7-2022 03:16 PM
miracle_forever replied at 5-7-2022 03:12 PM
fishy nya… ada bisnes cuci mencuci juga ke?

Tahlah. Banyak founder kaya2 jual produk oem ni. Brand pun xpenah jumpa.
Quote Klassie 5-7-2022 03:37 PM
Sapa ni? Beli cash ke installment?
Quote ilacantik 5-7-2022 07:13 PM
Beli kereta 2 juta? Kan baik beli rumah 4-5 biji atau tanah berekar2. Pandainya financial planning ko dek.
Quote Minahbwgputih 5-7-2022 09:10 PM
Kan.. Ruginya beli kereta 2 juta. Harga kereta kluar showroom aje dah turun. Baik beli aset yg harga akan naik.
Quote honam 11-7-2022 03:13 PM
dia beli keta ni pun utk tujuan marketing agaknya kot?
Quote vanillaninja 13-7-2022 11:57 AM
Siapa heols ni. Nampak tak bijak.
Quote mizruncing 13-7-2022 12:49 PM
pls laaa beli kete smpai 2 juta.. baik kau beli umah byk2 buat aset dikk. aku tertengok dia ni sbb lalu kt explore ig. bila stalk tgk masa tu dia announce wife nye pegnen. twins plak tu. nasihat kaka langit tak selalu cerah dikk. kau mampu beli kete 2juta ni pon better kau low profile jelaa. kau jatuh terciduk nanti takde sape nk tlg kau
Quote kepompong 14-7-2022 10:10 PM
kalau keta dah 2 jota, brp puluh ribu income tax dia? hb i beli keta separuh jota jer pun lhdn sebok nak bongkar balik tax report. menchikk tau.
Quote BlackOpium 14-7-2022 10:15 PM
Banyak betul duit bbnu zaman sekarang.
Quote helicornia 14-7-2022 10:33 PM
Dia ni YouTuber kan? Kdg tertengok sbb channel dia melintas bila buka youtube.mcm bodo2 je content buat challenge merepek.tk berkembang akal ku. content bodo pun ramai plak yg tengok.dgn team member dia pun sume mcm bdk kelas blkg tp bole beli audi

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.044779 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top