Dua premis yang masing-masing berlokasi di Petaling Jaya dan Puchong, Selangor yang disyaki menjalankan aktiviti penjualan minyak masa secara dalam talian melalu platform e-dagang terkenal telah diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Berdasarkan laporan Harian Metro, premis tersebut dipercayai menjadi tempat penyimpanan dan pembungkusan barang runcit tersebut yang mana satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, serbuan di premis di Petaling Jaya menemukan 255 kilogram minya masak paket 1 kilogram bersubsidi serta barang runcit lain disimpan di tempat itu sebelum secara 'online'.
"Hasil pemeriksaan lanjut, hanya barang kawalan minyak masak peket 1 kilogram saja ditemukan dan premis tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan berjadual itu," katanya.
Gambar hiasan. (Sumber BH)
Premis tersebut diambil tindakan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menjual barang kawalan tanpa lesen dan Subperaturan 3(1) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu mana-mana orang tidak boleh berurusan secara borong dan runcit apa-apa barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkana di bawah Peraturan 4 akta yang sama.
Sementara itu, serbuan premis di Puchong mendapati sejumlah minyak masak kemasan botol 1, 2 dan 3 kilogram disimpan di tempat berkenaan.
Pihak premis mengemukakan lesen runcit di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang masih sah tempoh bagaimanapun alamat didaftarkan dalam lesen itu berbeza daripada alamat tempat penyimpanan barang kawalan tersebut.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam
Kata Azman, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut terhadap kedua-dua kes berkenaan akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti rangkaian pengedaran minyak masak terbabit termasuk maklumat dari mana bekalan minyak masak itu diperoleh.
"KPDNHEP ingin memberikan amaran keras kepada semua peniaga yang berurusan dengan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak masak agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Ala bodonya kpdnhep ni... Kamu yg gagal control bekalan minyak masak, gagal pastikan bekalan mencukupi, gagal memahami & menyesuaikan jumlah supply dengan jumlah permintaan, tiba2 nak kejar orang jual online.... Apa punya bodoh la... Kalau kamu yg bergaji tetap tak luak walau 1 sen pun sewaktu PKP tidak gagal dalam melaksanakan kerja kamu, takde siapa pun teringin nak menjual minyak masak dalam shopee tu..... Baik orang ramai beli di kedai biasa sahaja.