BEIJING: China mengesan kes pertama Covid-19 di Wuhan, bandar yang menyaksikan virus itu muncul buat kali pertama pada Disember 2019.
Dua kes disahkan Covid-19 itu dilaporkan ketika Presiden Xi Jinping mengulangi komitmen untuk mengekalkan dasar `sifar Covid-19′ di negara berkenaan. Lapor Daily Mail, dua pekerja pelabuhan di Wuhan didapati menunjukkan tanda-tanda jangkitan asimtomatik dalam kes pertama Covid-19 dalam tempoh sebulan. China kini dijangka melaksanakan pusingan baharu ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran dengan terus mengasingkan kawasan yang melaporkan kes jangkitan.
Jumaat lalu, wilayah Anhui merekodkan peningkatan kes Covid-19 iaitu sebanyak 107 kes jangkitan dan daerah Lingbi pula dikenakan perintah berkurung. Secara keseluruhan, China melaporkan sebanyak 163 kes jangkitan pada Khamis lalu sekali gus mencatatkan jumlah kes tertinggi sejak tiga minggu lalu. Penemuan mengenai kes pertama Covid-19 di Wuhan tersebar beberapa hari selepas Jinping mengunjungi bandar itu serta menegaskan komitmen untuk melaksanakan perintah berkurung dan sekatan ketat untuk membendung virus tersebut. Jinping kini akan melancarkan pelan sifar Covid-19 baharu yang bakal menyaksikan tempoh kuarantin bagi penduduk dan kontak rapat dikurangkan serta ujian saringan besar-besaran dan sekatan dipertingkatkan. Kawalan pergerakan yang tinggi dan sekatan lebih agresif turut dijangka digunakan oleh pemimpin itu. Baru-baru ini, Beijing dan Shanghai melaporkan sifar kes Covid-19 selepas Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis Shanghai, Li Qiang memuji langkah perintah berkurung selama dua bulan di bandar itu ketika mengisytiharkan kemenangan lawan jangkitan tersebut. -CARI Sumber: Utusan Online
|
lasagna replied at 4-7-2022 11:43 AM
penat wehh.. bila nak btul2 habis ni?
AbukRokok replied at 4-7-2022 11:45 AM
sampai dah vaksin ke 16
lasagna replied at 4-7-2022 11:49 AM
mamposss.. ckup lah 3 kali hahahahaa
lasagna replied at 4-7-2022 11:43 AM
penat wehh.. bila nak btul2 habis ni?
SonicSiLandak replied at 4-7-2022 07:39 AM
wuhan bangsa etis tak cebok berak makan tenggiling dan kelawar
ADVERTISEMENT