CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Produksi Drama Tak Profesional, Susah Bekerjasama-Izara Aishah Lebih Suka Berlakon Filem

4-7-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2311| Komen: 18

Melihat kepada sikap segelintir produksi drama yang tidak profesional dan sukar memberi kerjasama, pelakon Izara Aishah kini memilih untuk memberi fokus kepada filem.


Pada tahap sekarang kata Izara, 29, berlakon filem memberi lebih kepuasan kepada dirinya memandangkan pembinaan karakter sangat dititikberatkan berbanding drama.

Foto: IG

"Alhamdulillah masih ada banyak tawaran diberikan tetapi tiada yang sesuai. Saya memilih jalan cerita, skrip dan produksi yang akan saya bekerja sebelum memberikan kata putus.

"Saya lihat segelintir produksi drama banyak yang tidak serius, atas sebab itu juga saya lebih memilih untuk berlakon filem.


"Ada di antara mereka juga bersikap tidak profesional dan susah untuk bekerjasama. Kalau berlakon filem, biasanya mereka akan lebih pentingkan karakter," katanya.


Jelas Izara, sudah menjadi kebiasaannya untuknya apabila menerima sesuatu tawaran dia akan meneliti semua watak dan akan memilih karakter sesuai dengan kehendaknya berbanding sebagai pelakon utama.

Dalam pada itu, Izara berkata, bergelar ibu juga antara faktor dirinya memperlahankan kerjaya seni kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.

"Keutamaan saya sekarang adalah keluarga. Kalau ada penggambaran pun paling lewat kena pulang sebelum pukul 12 tengah malam.

"Pihak produksi juga sangat memahami permintaan saya itu malah saya sentiasa berusaha mengatur jadual agar karier, perniagaan dan keluarga seimbang.

"Tetapi buat masa ini saya belum boleh memberi tumpuan penuh kepada perniagaan kerana sibuk menguruskan anak sendiri," katanya.



Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Izara juga tidak melihat penampilannya yang sudah bertudung sebagai satu penghalang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni.



Dalam masa sama, dia yang sudah lama bekerjasama dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini meluahkan rasa gembira apabila dipilih sebagai salah seorang wajah mempromosikan koleksi tudung jenama berkenaan.

Izara antara salah seorang artis yang dipilih sebagai wajah Mono Scarves Rizman Ruzaini.

“Alhamdulillah... imej bertudung bukan satu kekangan untuk saya bekerja.

“Rasanya dari dahulu sama sahaja. Malah orang lebih nampak karakter sebenar saya dengan imej bertudung berbanding sebelum ini yang selalu dinilai berdasarkan pemakaian,” ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 4-7-2022 01:02 PM
Eleh kalau kau bukan menangu tokti, confirm terhegeh nk berlakon drama jugak
Quote alieyrina 4-7-2022 01:06 PM
Main petik jah. Kesian org belakang tabir ok
Quote mendeluk 4-7-2022 01:37 PM
Ke dia sentap sbb kes dengan sharifah rose itu . Yg dia soal kenapa tv prod drama ambil pelakon gini. So dia pun bitter xnak ambil
Quote lyshafull 4-7-2022 01:43 PM
Berlakon biasa je tapi xde watak yg mencabar tapi anak dia cheeky sgt
Quote cicicumel 4-7-2022 07:23 PM
Laki dia kerja apa? Kalu laki si minah indo Tayra tu nmpak juga job nya.
Quote dudaberhias 4-7-2022 07:26 PM
ye ke... tapi hati itam iols lebih mengatakan sheols dah sendu dan produksi yang nak hambik sheols pun hanyalah produksi taraf2 rtm gittewww...

lagipun betul la kot apa dia kata kalau tengok produksi tv3, rtm, astro tu.. semua tarap2 sampah jah... filem je yang boleh jalan dan nampak ada la jugak rhoper dan kualitinya...

nak expect drama punya kualiti lambat lagi la kot... VIU je so far yang gigih menghasilkan drama yang kualitinya boleh tahan...
Quote Nham22 4-7-2022 07:31 PM
Tgh hint production house ke tuu...????
Quote hzln 4-7-2022 07:35 PM
Bini bukan main siap, tapi laki kepam mcm tak mandi
Tak mampu bayang jika ijara berjodoh dgn piss perus, si adib pula berjodoh dgn tin minyak
Quote Imkhai 4-7-2022 07:41 PM
Xyah brlakon la bkn best mn pon ko brlakon pi perabih reta makiti ko tu 100juta cash dlm acc bank sana ada
Quote Piramida 4-7-2022 07:57 PM
"Dalam pada itu, Izara berkata, bergelar ibu juga antara faktor dirinya memperlahankan kerjaya seni kerana mahu memberi fokus kepada keluarga."

Bagus laaa.. Mak ET pula kuat dan rajin keluar bekerja. Ikut memasing prority mana.
Quote cikperiukkera 4-7-2022 07:58 PM
She ni acah2 A lister khuenzz semua nk kondem ..byk bunyi..pdahal karier nan hado jahhh...org msh nk ambik tau pn sbb dia menantu tokti & ada la rupa ckit...
Quote mendeluk 5-7-2022 03:39 AM
hzln replied at 4-7-2022 07:35 PM
Bini bukan main siap, tapi laki kepam mcm tak mandi
Tak mampu bayang jika ijara berjodoh dgn piss pe ...

Lelaki dia memang kepam lah yaamat. Waktu couple awal2 nampak hot je. Waktu dgn Sophia Khan itu hot je. Sekarang dah ada anak, perut boroi, muka tak jaga. Janggut serabut.
Quote stingergrumpy 5-7-2022 04:00 AM
cikperiukkera replied at 4-7-2022 07:58 PM
She ni acah2 A lister khuenzz semua nk kondem ..byk bunyi..pdahal karier nan hado jahhh...org msh nk ...

Kesayangan tok ri ni....

You dont play play hor...
Quote stingergrumpy 5-7-2022 04:03 AM
hzln replied at 4-7-2022 07:35 PM
Bini bukan main siap, tapi laki kepam mcm tak mandi
Tak mampu bayang jika ijara berjodoh dgn piss pe ...

Konsepnya biar bini yg selekeh,uker minyak samen, laki smart mamat, macam kes ko, bukan sebaliknya kheunz mek?

Kahkahkahkahkahkah
Quote LembingDayanti 5-7-2022 04:30 AM
dia ni dengki dgn rezeki org lain
Quote mendeluk 5-7-2022 08:37 AM
LembingDayanti replied at 5-7-2022 04:30 AM
dia ni dengki dgn rezeki org lain

Dia kan yang persoal pasal produksi ambil budak2 muda? Sampai mimi lana pun tegur budak2 hijau lain you go girl. Izara je yang insecure dgn reseki org lain.
Quote anilanil 5-7-2022 08:45 AM
Sambung study je la izara ko pon dolu study performing arts kan? Drpd nengok acik method jadi acting coach baik bagi yg ada kelulusan kan...
Quote kotakominami 5-7-2022 11:55 AM
Dia boleh ckp mcm ni sebab idup dia dah secure dpt anak jerung....cube kalu duduk flat anak enam , kena tgl laki lagi bawak pulak moto ex5.....

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044629 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top