Tashkent: Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dipercayai hasil hubungan sumbang mahram meninggal dunia dalam beberapa jam selepas kelahiran kerana masalah genetik.
Portal Daily Star melaporkan bayi dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan pada 4 Jun lalu itu dikatakan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya dipercayai adik-beradik. Video menyayat hati merakamkan bayi itu menangis dalam inkubator ketika seorang jururawat mengelap kulit kering dan bersisik di bahagian bawah badannya. Kongenital iktiosis adalah penyakit kulit yang diwarisi dan mempunyai ciri kulit yang merah, kering serta kasar dengan 'sisik' putih kasar dan halus yang besar.
Ibunya yang dilahirkan pada 1994, mengandung 35 minggu dan empat hari, ketika dia melahirkan bayi lelaki itu, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun. Bayi lelaki itu adalah anak keduanya, yang pertama dilahirkan oleh suami terdahulu dan kehamilan itu normal, tambah kementerian berkenaan seperti dilaporkan portal berkenaan. Dia dilahirkan dengan 'kongenital iktiosis yang teruk' dan kecacatan kelahiran lain yang disifatkan sebagai mengancam nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan. Bagaimanapun, di sebalik usaha terbaik doktor untuk menyelamatkannya, bayi itu meninggal dunia hanya selepas dua jam 10 minit selepas dilahirkan. Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, dalam bidang perubatan, terbukti dalam kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan membabitkan saudara terdekat. "Khususnya, disebabkan keluarga sebegitu, anak dalam kandungan mungkin mengalami penyakit berbahaya seperti terencat akal kongenital, gangguan kromosom, sindrom Down, terencat mental dan fizikal yang teruk. "Oleh itu, kami meminta golongan muda yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin, pertama sekali, menjalani pemeriksaan kesihatan dan seterusnya mengelak perkahwinan antara saudara terdekat," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
ellejo replied at 4-7-2022 11:54 AM
aish tapi kan anak2 adam kawen sesama sundrik kenapa bisa elok anak2nya pula?
dekmieDandy replied at 5-7-2022 01:28 AM
ooo genetic terlebih kulit ni kan\
pernah nampak baby kokesen yang berjaya hidup sampai sekarang (u ...
dua_chzy replied at 5-7-2022 01:45 AM
Rasanya inilah condition ex student aiol...Family, orang sekeliling semua ingatkan sheol ada penya ...
dua_chzy replied at 5-7-2022 09:44 AM
Idok la herlok mana dari segi perangai sis. Macam Habiq Qabil yang berbunuhan itu. Ntah2 ada ja si ...
copy_paste replied at 5-7-2022 02:42 AM
pernah baca kisah ni dulu,
kalau kisah tu x betul ape yg aku sampaikan ni pun x betul,
jgn percaya ...
dua_chzy replied at 5-7-2022 11:21 AM
Kisah ni memang ada dalam Islam. Aku baru google, haha. Tapi yang betul triggered si Qabil bunuh H ...
ADVERTISEMENT