CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Amal Diet Vegan- Anak 18 Bulan Mati Sebab Hanya Makan Buah Dan Sayur Mentah

4-7-2022 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1882| Komen: 12

Seorang ibu yang juga pengamal diet vegan didapati bersalah kerana membiarkan anak lelakinya yang baru berusia 18 bulan mati kelaparan dengan memberikan mangsa buah-buahan dan sayur-sayuran mentah.


Sheila O'Leary, 39, disabitkan dengan kesalahan membunuh oleh hakim pada Rabu lalu, berhubung pertuduhan penderaan kanak-kanak yang dihadapinya berikutan kematian bayinya, Ezra O'Leary pada September 2019.

Bayi malang tersebut hanya seberat 17 paun (7.711 kilogram), di mana dia susut 7 paun (3.175 kilogram) pada saat kematiannya.


Foto: Metro

“Anak ini tidak makan. Dia mati kelaparan pada usia 18 bulan,” kata Francine Donnorummo, Ketua Unit Mangsa Khas di Pejabat Peguam Negeri.


Sheila dan suaminya, Ryan O'Leary, memberitahu pihak polis bahawa sungguhpun Ezra mengamalkan diet vegan yang ketat, dia juga diberi susu ibu.

Ezra tidak makan selama kira-kira seminggu sebelum meninggal dunia dan mengalami kesukaran tidur, kata mereka.

Laporan bedah siasat mendapati Ezra meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan kekurangan zat makanan.

Pendakwa raya menuduh Sheila gagal mendapatkan rawatan perubatan untuk Ezra apabila dia menyedari anaknya sedang sakit.

Setelah Ezra meninggal dunia, O'Learys juga mengabaikan tiga anak mereka yang lain, yang berumur di bawah 11 tahun, menurut pendakwa raya.

Perbicaraan hukumannya bakal ditetapkan pada 25 Julai depan. -CARI

Sumber: mStar/ Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 4-7-2022 12:43 PM
adoii kesian dapat mak gila, elok la mati masa baby lagi
Quote CariMalay 4-7-2022 01:32 PM
Kenapa pulak anak dia tak makan buah dengan sayur. pelik betul
Quote shernazz 9-11-2023 01:53 PM
Kasi mandul itu laki Bini lah
Quote Cassieopeia 9-11-2023 02:02 PM
adoi ko nk jd vegan jdla ni baby skali kne jadi vegan dh kenapa, susu pun tah bg skit je kot..
Quote pocongkiutss 9-11-2023 02:11 PM
Musti vegan pakej anti bekshin skali..terpaling natural holistic segala haramjadah
Quote tri-max 9-11-2023 02:47 PM
hidup ni kena ada kesimbangan
vegan pun belum tentu sihat
yg makan process food pun belum tentu dapat sakit chronic
kesian baby ni, 18 bulan hidup di dunia tipu2
tak merasa makanan yg sepatutnya
Quote tripleid 9-11-2023 02:51 PM
Eloklah baby tu mati drpd hidup dgn mak sakit mental.

Rip baby.
Quote midori888 9-11-2023 02:53 PM
bila buat sesuatu dgn melampau, camnie lah jadi nyer....
Quote selani 9-11-2023 02:55 PM
Teringat satu kes anak jiran area kat rumah aku.
Anak jiran ni sekolah menengah tapi tumbesaran badannya mcm budak darjah 3/4.
Kurus kering tak cukup zat..Kadang2 kitaorg jiran2 dengar maknya tempik maki hamun anaknya.
Nampak jalan kaki balik dari sekolah, muka sedih je.
Sekarang ni aku tak tahulah mana budak tu pegi.
Quote Bedah.Cun 9-11-2023 02:59 PM
Kau neh bodo ke haper? Sebok nak vegan yg kau pegi bagi anak kau mamam tak cek dengan dietician tue nape? Idiot!
Quote B40tastePosh 9-11-2023 07:49 PM
Kesian dapat mak hantu jerangkung...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069258 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top