CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Berang Rempuh Dan Gilis Anak Perempuan Sampai Mati Sebab Pertahan Teman Lelaki

4-7-2022 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1570| Komen: 13

Berang dengan anak gadis sendiri, bapa bertindak merempuh dan menggilis menggunakan kenderaannya.

Seorang gadis, Lauren Malt berusia 19 tahun dilaporkan maut di tempat kejadian ketika dia cuba bergelut menghentikan bapanya daripada memukul kekasihnya pada kejadian 23 Januari lalu.


Malah, suspek adalah Nigel Malt, 44 berasal dari Norfolk, England dipercayai marah ketika bertindak merempuh dan menggilis mangsa sebanyak dua kali.

Foto: Metro

Pendakwa raya Mahkamah Diraja Norwich, Andrew Jackson menerusi laporan antarabangsa menjelaskan suspek mengundurkan kenderaannya untuk merempuh anaknya sehingga terjatuh.


Kemudian, Nigel mengundur kenderaannya sebelum berhenti seketika lalu sekali lagi merempuh dan menggilis Lauren.

Perbuatan tidak berhati perut telah mengakibatkan kematian Lauren di tempat kejadian.

Setelah membuat pemeriksaan lanjut ke atas mayat, terdapat kesan lebam, luka dan kecederaan parah pada bahagian kepala, badan, lengan serta kaki.

Suspek bagaimanapun telah menafikan tuduhan membunuh terhadap mangsa.

Menerusi perbicaraan mahkamah, selepas kejadian ‘tragis’ ini suspek didakwa membawa mayat anaknya ke dalam keretanya sebelum bertindak meninggalkan kawasan berkenaan.

Bukan itu saja, Nigel menelefon isterinya, Karen lalu memberitahu bahawa anak mereka telah meninggal dan kemudiannya membawa mangsa kepada si ibu.

Masih belum ada keputusan muktamat berikutan perbicaraan kes masih berlangsung. -CARI

Sumber: mStar/METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 4-7-2022 09:38 AM
Mcm.sial punya bapak. Anjir, dia bawa lg mayat tu tunjuk kat si ibu. Apala perasan ibu yg mbesarkn anak tu tahu2 anak dia dh jadi mayat!!
Quote Supersirap 4-7-2022 09:41 AM
Gila punya kerja
Quote prettyuglybabe 4-7-2022 09:55 AM
kokesen dambaan ummah forum??? seriously???
Quote ctaz 4-7-2022 10:21 AM
loooo...ingatkan kat negara mundur....
ropernya negara pujaan ummah
Quote CariMalay 4-7-2022 01:37 PM
Gila punya orang. Anak punya la cantik tapi tergamak langgar sampai mati
Quote sukacactus 4-7-2022 01:48 PM
Baran ke mabuk ni
Tindakan mcm kurang waras
Quote SonicSiLandak 4-7-2022 02:11 PM
bangsa etis
Quote chinta89 4-7-2022 03:47 PM
apa yg dlm fikiran dia sanggup bunuh anak sendiri...
Quote covidisreal 4-7-2022 03:49 PM
chinta89 replied at 4-7-2022 03:47 PM
apa yg dlm fikiran dia sanggup bunuh anak sendiri...

"dari aku teruskan bela & conteng muka aku dengan arang kelak, baik aku lenyek"; mungkin itu la kot
Quote mawarika 4-7-2022 04:50 PM
Terlampau kecewa agaknya dgn anak yg kecik kecik ditatang bila besar melawan psl jantan.
Quote Suchi 4-7-2022 06:16 PM
Marah cemana pun kenapa la sampai langgar anak sendrii.
Anak sendiri kot, ikut sangat panas baran tu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036109 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top