Badai konflik antara pelakon veteran Mak Wan Latah dan bekas pembantu peribadinya semakin memuncak. Dalam temu bual bersama program hiburan Melodi, Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa pernah menjadi mangsa pukul bekas pembantunya dikenali sebagai Amell itu.
"Saya sudah beritahu dia bukan saya yang ambil duit itu. Entah siapa yang pusing cerita. Dia pukul dan tumbuk saya. Semua isu ini fasal duit," katanya hari ini. Berikutan semua pendedahan dan laporan yang dibuat Amell serta tuduhannya terhadap Mak Wan, pelakon veteran itu meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kerana dia tidak pernah melakukan semua yang didakwa.
"Janganlah hakimi saya, saya bukan muda lagi. Memang saya pelakon tapi saya tidak buat semua perkara itu. "Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu," katanya. Bagaimanapun, dalam temu bual berasingan, Amell mengakui pernah memukul Mak Wan atas alasan mempertahankan diri selepas diludah akibat bertanya satu soalan yang menimbulkan kemarahan aktres itu. "Betul saya ada pukul Mak Wan, tetapi ia berlaku selepas dia ludah saya apabila saya bertanyakan satu soalan yang dia sendiri tak boleh terima. "Saya serang dia sebab dia ludah saya," ujarnya. Penafian Mak Wan disokong oleh kenyataan pelakon Didie Alias yang tampil menjelaskan rakaman tular menunjukkan aktres itu mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu babak dalam sebuah drama. "Janganlah aibkan orang dan biarlah polis yang menjalankan siasatan sebab bukti ada. "Tak payah buli orang untuk kepentingan diri sendiri," katanya. Semoga konflik ini segera terlerai dan kebenaran dibuktikan segera. - CARI
|
dudaberhias replied at 4-7-2022 12:15 AM
haram iols nak cayer si PA nyer nyah... setakat pelakon jadi orang gaji dan acik kepoh je pun gigih ...
ADVERTISEMENT