CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedap Negara Jiran Nikmati Minyak Peket Subsidi

3-7-2022 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4701| Komen: 45

Kerajaan mengambil serius isu warga asing menikmati subsisi minyak peket menerusi aktiviti penyeludupan ke selatan Thailand sehingga menyebabkan bekalan bahan mentah itu berkurangan di pasaran tempatan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, buat masa ini kerajaan mahu mengetahui setakat mana seriusnya perkara tersebut.


Gambar hiasan/Suria Amanda

Katanya, satu siasatan lebih teliti akan dilakukan berkait dengan perkara itu kerana ia melibatkan soal subsidi.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku (rakyat negara lain menikmati subsidi minyak peket). Kita akui ada laporan daripada media berkaitan dengan aktiviti penyelewengan subsidi.


“Satu perbincangan tidak rasmi termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan akan dilakukan berhubung isu ini,” kata beliau selepas meninjau harga barangan keperluan dan runcit di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu, hari ini.


MUSTAPA Mohamed (kiri) semasa turun padang harga barangan di RTC Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli memberitahu, pihaknya akan mendapatkan maklumat berapa jumlah pengilang yang terlibat dalam industri ‘repackaging’ minyak masak peket ini.

Katanya, langkah itu membolehkan kerajaan membuat pemantauan di mana minyak-minyak tersebut dijual.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata,  tinjauan di RTC mendapati kebanyakan barang yang dijual terkawal dan tidak berlaku kenaikan mendadak walaupun menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 3-7-2022 03:06 PM
mohon buat tembok besar golok
Quote mojarean_X 3-7-2022 03:19 PM
encikWawad replied at 3-7-2022 03:06 PM
mohon buat tembok besar golok

setuju. kalo bole exend smpi ke kuala perlis
Quote VespaSilbe 3-7-2022 03:24 PM
Takkan kut
Aku pun tak sanggup nak beli minyak peket ni

Quote Skuau 3-7-2022 03:25 PM
bila berlaku sesuatu dgn negara jiran..asyik...'PADAN MUKA BODOH...ORNG MSIA'...jer.
Quote Normabaru 3-7-2022 03:33 PM
isu ni bukan bertahun dh berdekad berabad still xblh resolve sama ada penguasa bodoh or govt xguna itu je
Quote vespa_oren 3-7-2022 03:48 PM
bila isu seludup ini, biasa akan naik harga benda tu
dulu minyak nk naik, org main isu seludup dulu
Quote airfilterkotor 3-7-2022 03:51 PM
Teringat kata² pokcik ituari... undang² seludup ni hanya ciptaan manusia semata.
Quote belacan_gurl 3-7-2022 04:12 PM
VespaSilbe replied at 3-7-2022 03:24 PM
Takkan kut
Aku pun tak sanggup nak beli minyak peket ni


Penjual maknan sanggup beli...kita yg masak utk keluarga je yg xsanggup...cuma mana yg dah terdesak mmg cari minyak peket nih tapi selalu abis sbb peniaga dah borong byk
Quote liton 3-7-2022 04:15 PM
Pake bodo, penguatkuasa yang lemah, rakyat yg kena hukum.
Quote glump 3-7-2022 04:22 PM
kat indonesia , setan sawit kataya hanya berharga RM120..sini hampir RM1k.. so minyak masak kat indon lagi murah ke?
Quote VespaSilbe 3-7-2022 04:25 PM
belacan_gurl replied at 3-7-2022 04:12 PM
Penjual maknan sanggup beli...kita yg masak utk keluarga je yg xsanggup...cuma mana yg dah terdesa ...

Kan.. pernah try sekali.. tak macam minyak masak
Bau pun lain maciem.. siap berbuih
Sebab tu kalau makan kat luar la ni semua deria rasa iols hilang..   hahaha
Balik lapar je perut
Semua benda pun tak best dah huhuhu
Coke pun rasa air longkang
Quote cupu 3-7-2022 04:38 PM
Rokok seludup pun xsetel setel...admit jela..mmg pengkhianat tu penjawat awam jgk.
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 04:51 PM
yang lawak

yang kaya raya pun lapar subsidi

sanggup rampas hak subsidi minyak Neptune rider2 makanan gay pondan pedo duduk rumah PKNS

waaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah

Quote green~tea 3-7-2022 05:02 PM
glump replied at 3-7-2022 04:22 PM
kat indonesia , setan sawit kataya hanya berharga RM120..sini hampir RM1k.. so minyak masak kat indo ...

ini komoditi.. all pulished price alll over the world.. bezanya refined oil, crude oil, or fresh fruit bunch... so kena tengok bebetul lah referring pada produk apa dalam list sawit tu
Quote Belibis 3-7-2022 05:04 PM
Normabaru replied at 3-7-2022 03:33 PM
isu ni bukan bertahun dh berdekad berabad still xblh resolve sama ada penguasa bodoh or govt xguna i ...

Bukan bodohhh,tapi pandai ambik peluang..ko ingat takde komisen ke???
Quote Normabaru 3-7-2022 05:19 PM
VespaSilbe replied at 3-7-2022 05:24 PM
Takkan kut
Aku pun tak sanggup nak beli minyak peket ni

kenapa dgn minyak paket ni?blh bwk sakit ke cmne
Quote aHoi83 3-7-2022 05:27 PM
Manusia pun boleh diseludup in/out dkt malaysia ni. Takat minyak masak sajat senyum jah
Quote Skuau 3-7-2022 05:57 PM
belacan_gurl replied at 3-7-2022 04:12 PM
Penjual maknan sanggup beli...kita yg masak utk keluarga je yg xsanggup...cuma mana yg dah terdesa ...

sb depa jual cekodok rm1 seketui besar ibu jari kaki jer...sanggup la depa...smlm beli...
Quote renko 3-7-2022 05:59 PM
Teringata aritu berita pasal keja menyeludup ni jadi pekerjaan warisan..babi betul org cmtu..timbalan mb xnak baca berita tu agaknya

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074516 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top