CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Bapa Ditumbuk Berkali-kali Kerana Tak Percaya Cakap Anak

3-7-2022 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3160| Komen: 25

Polis menahan lelaki yang dipercayai menumbuk dan memukul bapa kandungnya selepas bertengkar di Kampung Indah Permai, Tasek Permai, Ampang pada Jumaat.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika suspek berusia 33 tahun berada di rumah bersama mangsa.



"Berlaku pertengkaran antara suspek dan bapanya yang berumur 63 tahun. Suspek menumbuk kepala mangsa berulang kali menggunakan tangan serta mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya menghubungi polis.

"Punca kejadian disebabkan mangsa tidak mempercayai kata-kata suspek selepas mengesyaki suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.


Tambah beliau, suspek mempunyai tiga rekod lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapatamine.

Menurut Mohamad Farouk, suspek direman empat hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 3-7-2022 01:28 PM
SBB Tu jgn buat perkara2 yg xelok yg menyebabkan org JD xpercaya dgn ko walau ko berckp benar dik..so semua..jgn cuba2 belajar menipu..jgn terlibat dgn bnd2 toksik..dadah ke Arak ke ketum ke..nanti org xpercaya..ko marah pukul org plak..tahla ko dik..patut BG sepakan freestyle utk kesedaran mindanya..ke BG kismis Hassan Ali??? Mmm xpayahla..nyah ko dik Dr umah BAPAK ko.. harkkkktuihhhh
Quote green~tea 3-7-2022 01:39 PM
Kalo dah biasa scam orang, melaga2 orang sapa je nak percaya
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 02:09 PM
bangsa etis
Quote Buritan 3-7-2022 02:13 PM
Adekala aku bengang dgn bpk aku.. bangku patah simpan.. bila aku buang dia marah kat aku..aku riso mak aku duduk bangku tuu..


Done luah perasaan je..
Quote Rachel_Green 3-7-2022 02:27 PM
Goodluckdontcry replied at 3-7-2022 01:28 PM
SBB Tu jgn buat perkara2 yg xelok yg menyebabkan org JD xpercaya dgn ko walau ko berckp benar dik..s ...

betul..orang kalau dah selalu cakap tipu..bila dia cakap betul pon orang tak caya dah..
Quote encikWawad 3-7-2022 03:11 PM
Buritan replied at 3-7-2022 02:13 PM
Adekala aku bengang dgn bpk aku.. bangku patah simpan.. bila aku buang dia marah kat aku..aku riso m ...

hoarding ni standard masarakat melsis dah.
"nanti boleh baiki" "sayang nak buang" "beli ni dulu mahal"

Quote Buritan 3-7-2022 03:50 PM
encikWawad replied at 3-7-2022 03:11 PM
hoarding ni standard masarakat melsis dah.
"nanti boleh baiki" "sayang nak buang" "beli ni dulu ma ...

Hari tuu dah sekali dah.. bangku antik dah goyang kaki.. aku bising suh buang.. ujung ujung mak aku duduk pas tu jatuh.. aku marah bpk aku... bpk aku jwb bende dah nak jadi..
Quote felinecat 3-7-2022 04:42 PM
nampak dah hasil2 didikan membesarkan anak lelaki..anak lelaki ke anak perempuan ke sama2 kena pantau. ni x, kalau anak lelaki biar je nak berbuat sesuka hati..dh besar jd penagih, menyusahkan je
Quote Miss_LoveLeen 3-7-2022 05:03 PM
Edited by Miss_LoveLeen at 3-7-2022 05:10 PM

Jgn dilupa ayat, benda ni ada kenangan. Beli dgn gaji pertama la, boyfriend yg bg dulu dah mati, masa otw gi beli jd kejadian sekian2 Dan sebagainya.. alasan!
Quote Miss_LoveLeen 3-7-2022 05:10 PM
Buritan replied at 3-7-2022 03:50 PM
Hari tuu dah sekali dah.. bangku antik dah goyang kaki.. aku bising suh buang.. ujung ujung mak ak ...

Kalau ada jiran bawang dengar, mesti chuolss akan dichop anak durhaka. Padahal apa yg chuolss bising tu benda betul. Cuma masa menegur tu control emosi, jaga kata2 walau geram. Ada masa meolss berada dlm situasi sama cuma org tua meolss ada habit yg lain
Quote Goodluckdontcry 3-7-2022 05:24 PM
Rachel_Green replied at 3-7-2022 02:27 PM
betul..orang kalau dah selalu cakap tipu..bila dia cakap betul pon orang tak caya dah..

Den teringat PSL cite budak2 yg pengembala biri2 yg suka menipu..konon serigala nk mkn biri2 die..ternyata setiap cerita dulukala..Ada pengajaran berguna sebenarnya..ok kome..jgn tipu2 ok..Kita jujur jela walau kadang org xsuka..ape blh buat..lumrah dunia..bila jujur baik.segala..org xsuka..bila jahat penipu..blh plak org suka Dan agung2 Kan..byk CTH sekeliling klu nk tgk.. politicians la..org2 dicop alim la..motivator air liur basila..hatta warga marhaen..Dan hati2 la juga..
Quote borrow 3-7-2022 05:29 PM
Buritan replied at 3-7-2022 02:13 PM
Adekala aku bengang dgn bpk aku.. bangku patah simpan.. bila aku buang dia marah kat aku..aku riso m ...

Klo dh syg sangat ngan bangku tu , cer hantar kedai baikki.
Quote renko 3-7-2022 06:01 PM
Nasib baik berita bukan kat negeri kawe, kata timbalan mb sambil hirup budu
Quote Buritan 3-7-2022 06:08 PM
borrow replied at 3-7-2022 05:29 PM
Klo dh syg sangat ngan bangku tu , cer hantar kedai baikki.

Takde hantar pun.. aku lak tak tau nak hantar kat mana.. ye laa dah kita duk tmpt lain.. mana le aku tau.. balik pun dua hari jah.. berkejar mengemas rumah lg.. potong rumput lg
Quote Buritan 3-7-2022 06:13 PM
Miss_LoveLeen replied at 3-7-2022 05:10 PM
Kalau ada jiran bawang dengar, mesti chuolss akan dichop anak durhaka. Padahal apa yg chuolss bisi ...

Bpk aku sendiri cop aku anak durhaka.. aku dgn bpk aku mmg air dgn minyak.. suka sgt bertekak.. aku buat utk kslmatan mereka.. tp dia tak setuju ape yg aku buat..

Keliling rumah rumput pnjg pun rilleks jahh.. aku pggil org potonh tumput mun dimarahnyaa budak tuu.. jmbn tersumbat lmbttt repair.. aku tak lalulaa hidup dgn org mcm ni..
Quote borrow 3-7-2022 07:45 PM
Buritan replied at 3-7-2022 06:08 PM
Takde hantar pun.. aku lak tak tau nak hantar kat mana.. ye laa dah kita duk tmpt lain.. mana le a ...

ic. Yelah kedai baikki ni nk kena rajin cari jugak , bukannya mcm speedmart merata ada
Quote Buritan 3-7-2022 08:06 PM
borrow replied at 3-7-2022 07:45 PM
ic. Yelah kedai baikki ni nk kena rajin cari jugak , bukannya mcm speedmart merata ada

Itulaaa.. naik bengang aku dgn bpk aku.. makin tua makin teruk.. kalo kereta cpt sggh di repairnyaa..
Quote she 3-7-2022 09:57 PM
Hahahaha
Macik ingat suspek tumbuk bapaknya sebab bangku

Rupanya cerita bertindih
Pening macik nak oiii
Quote gideoncross 3-7-2022 11:16 PM
felinecat replied at 3-7-2022 04:42 PM
nampak dah hasil2 didikan membesarkan anak lelaki..anak lelaki ke anak perempuan ke sama2 kena panta ...

Sygnya kaum Mulayu sllu fikir ank2 prmpuan je yg ptut d lindungi sbb bgi dorg ank2 prmpuan ni cpat problematic pdahal x.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042667 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top