CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekalan Ayam Dah Pulih, Pelanggan Pula Entah Ke Mana?

3-7-2022 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4923| Komen: 64

Walaupun bekalan ayam di Kelantan mulai pulih, namun peniaga berdepan dengan kekurangan pelanggan yang menurun sehingga 70 peratus berbanding sebelum krisis ayam.


Seorang peniaga, Munsyi Mohamad Nuri, 33, berkata, keadaan jualan merosot berlaku sejak isu kekurangan bekalan ayam yang melanda negara bermula bulan lalu.


Munsyi (kiri) yang masih menunggu pelanggan untuk membeli ayam di gerainya di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

“Sekarang ini saya hanya dapat jual ayam sekitar 30 ekor pada setiap hari Sabtu hingga Ahad manakala antara 50 hingga 60 ekor sahaja pada hari Jumaat.


“Jumlah itu berkurangan daripada kebiasaan di mana sebelum ini kami dapat jual 100 ekor atau lebih pada hari Jumaat.

“Keadaan mungkin berlaku apabila orang ramai mula berjimat cermat dalam berbelanja kerana harga barangan yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di Pasar Tok Guru, Pengkalan Chepa di sini.

Menurutnya, pengurangan hasil jualan harian itu menyebabkan dia terpaksa mencari alternatif lain bagi menghabiskan jualan ayam miliknya.

“Jika menjelang tengah hari bekalan ayam masih banyak, saya akan telefon pemilik-pemilik kedai makan untuk menawarkan ayam kepada mereka bagi menghabiskan jualan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Mohamad Safuan Mohamad Zain, 34, berkata, jumlah pelanggan berkurangan walaupun bekalan ayam sudah lama pulih sejak tiga minggu lalu.

“Saya mendapatkan bekalan ayam dari Perak dan saiz ayam juga lebih besar berbanding sebelum ini, tetapi pembeli pula berkurangan,” katanya.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat lalu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 3-7-2022 01:38 PM
Rasa sbb org simpan stok ayam ari tu
Quote Skuau 3-7-2022 01:47 PM
ayam tu boleh dibhagi  jer diantara penternak,pembekal dan peniaga....korang makan la ayam tu....sepuas puasnya.
Quote monreyes 3-7-2022 01:50 PM
Skuau replied at 3-7-2022 01:47 PM
ayam tu boleh dibhagi  jer diantara penternak,pembekal dan peniaga....korang makan la ayam tu....sep ...

yezzza...makan sampai mampus tercekik tulang
Quote scarflicious 3-7-2022 01:53 PM
Kita org ikut nasihat menteri. Ayam mahal, kami berhenti makan ayam. Puasa je skrg ni.
Quote Buritan 3-7-2022 01:57 PM
Skuau replied at 3-7-2022 01:47 PM
ayam tu boleh dibhagi  jer diantara penternak,pembekal dan peniaga....korang makan la ayam tu....sep ...

Kan.. mkn puas puas.. bak kata opah aku   sumbat kat lubang jubo.. segala ape yg ade lubang ko sumbat
Quote Buritan 3-7-2022 01:58 PM
scarflicious replied at 3-7-2022 01:53 PM
Kita org ikut nasihat menteri. Ayam mahal, kami berhenti makan ayam. Puasa je skrg ni.

Yep.. aku pun dah kurang mkn ayam..
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 01:59 PM
Buritan replied at 3-7-2022 01:57 PM
Kan.. mkn puas puas.. bak kata opah aku   sumbat kat lubang jubo.. segala ape yg ade lubang ko sum ...

ish ish ish

nape nak sumbat lubang dubur tu??


Quote swimswim 3-7-2022 01:59 PM
Sori, da kurang makan ayam. Melampau sgt harga. Lauk ayam dkt kedai dgn nasik je dah jadi rm10
Quote Buritan 3-7-2022 02:04 PM
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 01:59 PM
ish ish ish

nape nak sumbat lubang dubur tu??

Mana la aku tau opah aku.. biasalaa mulut org tua tua kalo marah...


Ayat opah aku.. lupe lupe.. nasib baik kote tuu beregam kalo tak dah lame terprlanting.. hohohoho
Quote SonicSiLandak 3-7-2022 02:05 PM
Buritan replied at 3-7-2022 02:04 PM
Mana la aku tau opah aku.. biasalaa mulut org tua tua kalo marah...

org melaka ke??

haaaaaaaaa


Quote SonicSiLandak 3-7-2022 02:06 PM
scarflicious replied at 3-7-2022 01:53 PM
Kita org ikut nasihat menteri. Ayam mahal, kami berhenti makan ayam. Puasa je skrg ni.

alhamdulillah

dapat pahala

niat jngn lupa baca


Quote cheezel 3-7-2022 02:06 PM
Padan muka. Harap xde org makan ayam dah. Bia melingkup peniaga pemborong ni semua
Quote Buritan 3-7-2022 02:09 PM
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 02:05 PM
org melaka ke??

haaaaaaaaa

Idakk.. aku org perak daa.. org perak yg tuek tuek tuu pun power..tp ape yg dickp tuu betul ape.. kita jah yg kuat sentap.. hohoho
Quote ciksom 3-7-2022 02:10 PM
Aku dah 2 minggu jadi vegeterian. Rasa mcm diet pula. Ok la. Mampu lagi pergi kerja hari hari. Boleh tahan juga lah harga sayur. Harap harap kulit aku licin la sbb tiap tiap hari makan sayur dan buah.
Quote JunkMail 3-7-2022 02:39 PM
Kau hadap lah ayam tu semua.. makan sampai muntah ayamph .. puihhhh
Quote Cokoro 3-7-2022 02:46 PM
Bila harga dh naik, byk pulak bekalan ayamnye ye. Org dh pakat bela aym sniri. Ikut saranan pak muntri
Quote Tembikaigoreng 3-7-2022 02:49 PM
Lecture ekonomi aku pun pesan, kalau xde demand xdenya harga naik....try boikot 2 -3 bulan... Confirm harga hayam jatuh..
Quote domestobot 3-7-2022 02:50 PM
go to hell la penjual ayam. dan2 je banyak stok ayam sekarang kan
Quote sharlenetexas 3-7-2022 02:51 PM
Kambus belakang rumah bak kata acik @dudaberhias

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.100170 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top