Singapura menarik balik produk kek pisang 'Goods' yang dijual di republik itu sebagai langkah berjaga-jaga selepas mendapati kandungan asid sorbik melebihi had maksimum dibenarkan.
Pengimport Goods Huat Hee Marketing menerima arahan itu daripada Agensi Makanan Singapura (SFA). Menurut SFA, asid sorbik adalah bahan tambahan yang dibenarkan digunakan untuk tujuan pengawetan. "Pengambilan produk yang terjejas tidak mungkin menimbulkan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana ketoksikan yang rendah," menurut SFA. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT