CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Raikan Hari Jadi Pencuri, Dah Makan Kek Baru Serahkan Kepada Polis

1-7-2022 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1519| Komen: 6

New Delhi: Penduduk di sebuah flat di India bukan hanya tidak memukul pencuri sebaliknya meraikan ulang tahun kelahiran suspek selepas lelaki terbabit ditahan.


Portal Tribune India melaporkan, pemuda lelaki terbabit didakwa cuba memecah masuk rumah penduduk bersama dua lagi rakannya namun dia ditahan manakala dua lagi rakannya berjaya melarikan diri.

Foto: Tribune India

Selepas ditangkap, pencuri itu menangis dan meminta maaf atas perbuatannya memandangkan hari berkenaan adalah hari lahirnya.

Mendengar rintihan pemuda itu, penduduk bersetuju menganjurkan majlis hari lahirnya dengan menempah kek khas dengan tulisan 'chor'.


Peralatan mencuri milik lelaki itu turut diletakkan di sebelahnya.

Penduduk melayan dan meraikan pencuri itu seolah-olah tiada apa-apa berlaku sambil memberikan ucapan selamat hari lahir.

Selepas acara makan tamat, lelaki itu diserahkan kepada polis tempatan untuk tindakan selanjutnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 1-7-2022 01:35 PM
berbudi bahasa sungguh....
Quote matamata 1-7-2022 01:52 PM
Quote eyansss 1-7-2022 02:36 PM
first time berita dari india takde darah2, pukul2, rogol2…  hahaha…
Quote Decaffeinated 1-7-2022 10:57 PM
eyansss replied at 1-7-2022 02:36 PM
first time berita dari india takde darah2, pukul2, rogol2…  hahaha…

kena add 'dalam cari forum' pada ayat ko tu


Quote dani-rox 1-7-2022 11:08 PM
Edited by dani-rox at 1-7-2022 11:11 PM
Mendengar rintihan pemuda itu, penduduk bersetuju menganjurkan majlis hari lahirnya dengan menempah kek khas dengan tulisan 'chor'.

bday boy tak kesah, janji dpt make a wish tiup lilin dan potong kek

eta: pemotong besi ke sebelah kek tuh? curlast para penduduk menghanjeng heshe
Quote eyansss 1-7-2022 11:17 PM
Decaffeinated replied at 1-7-2022 10:57 PM
kena add 'dalam cari forum' pada ayat ko tu

ye ye...  tertinggal part tu...  sebab artikel ke news ke apa yang ditepek kat siini dari negara sana, mesti yang skeri meri...  hahaha...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.032828 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top