CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasih Berbahasa Melayu, Masih Ada Yang Anggap Sean Lee Berbangsa Melayu

30-6-2022 11:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2252| Komen: 15|Original author: Tatod

Sumber IG


Mulai aktif berlakon sejak 2015, masih ada segelintir individu yang menyangka pelakon, Sean Lee, adalah seorang selebriti berbangsa Melayu dek kefasihannya bertutur dalam bahasa rasmi negara. 

Kepetahannya juga membuatkan dia turut diberikan kepercayaan untuk mengacarakan program televisyen antaranya I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM).

Memetik laporan mStar, Sean bagaimanapun mengakui pada awal kemunculan berhadapan dengan kesukaran melontarkan dialog kerana kurang fasih berbahasa Melayu.



Namun, Sean meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat yang tidak putus-putus sejak awal pembabitannya dalam dunia seni sehinggalah sekarang.

"Saya bersyukur atas sokongan yang diberikan sebab oleh peminat kepada saya sebab kadang-kadang saya anggap diri ini macam pendatang asing kerana saya berbangsa Cina dalam industri seni Melayu. Tapi, anda semua dapat terima saya seadanya walaupun saya bukan orang Melayu. 

"Pada awal kemunculan, saya memang ada masalah bahasa tetapi saya percaya ia boleh diatasi apabila ada banyak latihan yang dilakukan. Ini kerja saya sebagai pelakon, apa saja watak kena laksanakan tugas. Kalau perlu cakap loghat lain, kena cuba dan sampaikan dengan sebaik mungkin," katanya.


Dalam pada itu, Sean melihat penerimaan penonton Melayu terhadap kehadirannya itu sebagai satu perkara positif dalam mencapai impiannya untuk melihat tidak industri seni tempatan akan bersatu tanpa mengira bangsa.

"Impian saya adalah untuk melihat industri seni kita suatu hari nanti akan menjadi satu. Tidak ada lagi kategori mengikut kaum contohnya industri seni Melayu atau Cina atau India sebab kita tak kira bangsa atau agama, kita semua dilahirkan di Malaysia.

"Sokongan yang peminat berikan kepada saya itu adalah semangat untuk saya terus percaya bahawa satu hari nanti impian saya itu akan tercapai," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 1-7-2022 12:25 PM
tak tgk dah ICSYVM...bingit dgr suara ein....izzue mcm x menyerlah....cannot go nak tunggu sampai abis rancangan....

walaupun syuk buat hal...tapi mcm gandingan sean dgn syuk tidak membosankan....
Quote nordin84 1-7-2022 01:20 PM
alah2 paper ni pun. da dia org mesia lahir kat mesia xkan xpandai ckp BM.. kalau dia xpandai ckp BM tubyg patt ko letak besar2 headline. jangan agungkan sgt cina ckp bm. upsr, pmr, spm belajar xkan bengap lagi. iols plg rengsa interview lopak dgn sean ni bila tye fasihnye cakap melayu.
hello, kalau britney spears ko kate mcm tu blh la.. dia lahir kat USA nun, jejak mesia pun xpernah.
ni setakat lee jia ern, chong chean wah xpayah la overrated sgt puji lambung2
Quote Suchi 1-7-2022 07:22 PM
Dah 2022 pun korang masih terkejut bila ada non malay fasih BM? Kan dia org Malaysia mmg la kena fasih bahasa kebangsaan.
Kat Indonesia cina sana ngaku dorang sbg Chindo okeh.
Cakap Jawa punya la pekat. Mandarin kelaut belaka dah.
Korang patut terkejut kalau bangsa cina-Malaysia ni tak reti BM.
Quote Suchi 1-7-2022 07:27 PM
nordin84 replied at 1-7-2022 01:20 PM
alah2 paper ni pun. da dia org mesia lahir kat mesia xkan xpandai ckp BM.. kalau dia xpandai ckp BM  ...

Kan.. pastu depa2 yg fasih BM ni tetiba jadi viral lantas menjadi pempengaruh sbb org melayu rasa kagum bila dorang fasih BM.
Sudah2 la nak menyembah memuji kelangit bila ada yg fasih BM.
Baik cina ke omputeh ke apa, dah duk Malaysia mmg selayaknya la kena tahu BM.
Ummah Borneo tu rata2 semua boleh berbahasa dgn baik walau nama  bunyi mcm mat saleh.
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 07:32 PM
apa rabun ayam ke korang kata budak berkulup ni Melayu???

Quote SonicSiLandak 1-7-2022 07:33 PM
seri_mawr replied at 1-7-2022 12:25 PM
tak tgk dah ICSYVM...bingit dgr suara ein....izzue mcm x menyerlah....cannot go nak tunggu sampai ab ...

dulu ada penyanyi perempuan dua orang rupanya penyamar..

si sean ni sambil cekak pinggang geleng kepala..

lawak tengok


Quote LadyCarefree 1-7-2022 08:31 PM
Pelat je iols dengar
Quote Perawankota 1-7-2022 08:54 PM
Aku suka je time Sean dgn shuk host icsyvm drp Ain dgn izzue.. Tak der lah serabut sgt
Quote hyie 1-7-2022 10:13 PM
iols rasa, maksud teks kat atas tu, orang kagum akan KEFASIHAN dia guna BM, bukan menguasai BM yach. Macam orang Melayu klate yang tak pernah keluar klate misalnya, dia tak dikira fasih BM la bagi iols kalau dia masih guna loghat dalam sebutan hampir penuh perbualan. Sebutan yang betul2 fasih adalah dialek Johor-Riau yang jadi asas BM di  Malaysia. Jadi, yang Melayu2 yang suka kutuk2 bukan Melayu tak FASIH BM tu, bebawak la malu sikit kat Sean Lee, Lizzy Tan, Alvin Chong, Sangeeta Krishnasamy, dan lelain artis tu.

Kalau bebudak bukan Melayu lepasan universiti awam di Malaysia, peringkat Degree, iols rasa diorang memang takda masalah langsung cakap BM. Fasih je. Lebih cemerlang berbanding anak Melayu tulen yang SPM kertas BM dapat G. Agitteww. Udah2 la bangkitkan isu ni. So yesteryears.
Quote dudaberhias 2-7-2022 12:23 AM
Dari 1km dah boleh tau cina... herlok pun herlok....
tapi ye dia memang fasih bahasa melayu berbanding orang melayu T20 yang ajet2 urban gitturhhh duduk area bangsar bubble walaupun hidung jambu batu...

cumanya Neeta Manis tu lagi nampak susah nak di bezakan melayu ke india sebab heshe fasih melayu lepastu rupa pun tak india sangat.
Quote nordin84 3-7-2022 02:34 AM
dudaberhias replied at 2-7-2022 12:23 AM
Dari 1km dah boleh tau cina... herlok pun herlok....
tapi ye dia memang fasih bahasa melayu berbandi ...

betul kakdud.. neeta manis tu nmpk melayu sikit sbb mak dia india pak dia xslp siam atau cina.
ni lee jia ern dr duk sabah kite tau da cina, da kenapa reputs mesia ni
Quote nordin84 3-7-2022 02:36 AM
Suchi replied at 1-7-2022 07:27 PM
Kan.. pastu depa2 yg fasih BM ni tetiba jadi viral lantas menjadi pempengaruh sbb org melayu rasa  ...

reputs mesia kena la berubah. dorg da belajar dr kecik BM. keith poo yg duk yindon seketika pun blh ckp yindon.. tgk tmpt cr makan la.. kalau dia nk msk drama melayu, keras kematu xreti ckp melayu cmne nak masuk.. bosang tajuk xmembina
Quote dekmieDandy 4-7-2022 09:47 AM
Sean Lee ni bontot dia mantap

hehe
Quote apikwaeh 4-7-2022 01:12 PM
Sean lee ni dah mcm kembar daniel cheng. Host astro tu
Fasih BM. Kalau x tau mmg ramai ingat daniel tu pun malays
Quote seri_mawr 5-7-2022 09:45 AM
SonicSiLandak replied at 1-7-2022 07:33 PM
dulu ada penyanyi perempuan dua orang rupanya penyamar..

si sean ni sambil cekak pinggang geleng  ...

sean ni cute...buat aksi bukan2 pun ok jek...ahhah

tapi dia mmg pandai handle program tu....x bosan....

dah dua kli try tgk musim baru ni....mmg x leh go..hahha

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.038464 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top