Baru-baru ini, Memey Suhaiza telah memuatnaik video baru di akaun Instagram miliknya yang memaparkan temubual Norman Hakim dan Danish Hakim menerusi rancangan Tangisan Di Baitullah yang diterbitkan oleh TV Alhijrah.
Menurut Memey, hatinya berasa sangat tersentuh apabila melihat temubual di antara Norman dan anaknya Danish. Memey juga berharap agar ukhuwah dan kasih sayang antara mereka sekeluarga sentiasa terjalin baik sehingga akhir hayat. Memey juga sempat memohon maaf kepada Danish di atas segala kekurangannya sebagai seorang ibu.
Menerusi video itu, Danish berkata dia berasa sangat bersyukur apabila melihat Memey dan ibunya Abby berpelukan. Semasa menceritakan mengenai momen indah itu, Danish kelihatan menahan sebak kerana sangat bersyukur apabila seluruh keluarganya bersatu.
Sumber: Google Image
Lembut dan sangat baik tutur kata Danish yang mengatakan bahawa Allah telah aturkan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Dalam setiap ujian yang diberikan ada hikmahnya dan perancangan Allah itu lebih baik.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terharu melihat sesi temubual itu. Di samping itu, netizen juga mendoakan kesejahteraan keluarga Norman dan Memey dan tidak dilupakan kepada Abby sekeluarga. -CARI